• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:02 pm
  • 06/06/2023
  • Komen
Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi sebuah telefon terbaru dalam siri C iaitu Realme C53. Ia adalah sebuah telefon dalam kelas permulaan, dengan menampilkan ciri “Mini Capsule” seperti yang terdapat di Realme C55. Ia merupakan telefon kedua yang dimuatkan dengan ciri itu selepas C55.

Harga jualan di Malaysia

Hanya terdapat satu varian yang tersedia untuk Realme C53. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia.



  • Realme C53 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM599

Kepada yang berminat, anda boleh dapatkan Realme C53 bermula 7 Jun 2023 di kedai fizikal Realme, pengedar sah Realme, serta di stor rasmi Realme di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Realme C53

Atas papan utama, Realme C53 dikuasakan oleh cip Unisoc Tiger T612 12nm bersama RAM 6GB dan storan 128GB. RAM boleh digandakan kepada 12GB dengan adanya fungsi RAM maya dan slot microSD diterima sehingga 1TB untuk memperluas storan.



Paparan Realme C53 menggunakan skrin 6.74-inci jenis LCD beresolusi HD dengan kadar penyegaran 90Hz. Kecerahan puncaknya adalah pada 560 nits dan terdapat takuk U memuatkan kamera hadapan. Takuk tersebut dimuatkan dengan ciri “Mini Capsule” yang boleh memaparkan info seperti status pengecasan, kiraan langkah dan penggunaan data.

Tenaga Realme C53 disalur oleh bateri berkapasiti 5,000mAh, yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W menerusi USB-C. Realme mengatakan pengecasan 31 minit memberikan 50% tenaga. Pengimbas cap jari terdapat di butang kuasa di sisi telefon.

Di belakang telefon, walaupun nampak seperti ada dua modul kamera, hanya satu kamera sahaja yang boleh menangkap gambar. Kamera utamanya menggunakan sensor 50MP dengan sokongan AI. Kamera hadapannya pula dimuatkan sensor 8MP.

Lain-lain ciri termasuk jek audio 3.5mm, Bluetooth 5.0, 4G LTE dan terdapat dua slot kad SIM. Realme C53 didatangkan dengan sistem operasi Realme UI edisi T berasaskan Android 13 dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu emas (Champion Gold) dan hitam (Midnight Black).

Bacaan berkaitan

  • Realme C55: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Realme C53, satu lagi telefon dengan ciri seakan Dynamic Island akan tiba di Malaysia
  • Dynamic Island versi Realme akan muncul dalam telefon siri C tak lama lagi
Tags: RealmeRealme C53
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia

6 June 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN