• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A79 5G dengan rekaan berbulu kini rasmi di Malaysia, ada peluang dapatkannya percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:45 pm
  • 14/11/2023
  • Komen
Oppo A79 5G dengan rekaan berbulu kini rasmi di Malaysia, ada peluang dapatkannya percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia telah memperkenalkan sebuah telefon pintar dalam siri A iaitu Oppo A79 5G. Ia berada dalam kelas pertengahan dan menampilkan rekaan panel belakang premium seakan bulu berkilau, serta ada kapasiti bateri sebesar 5,000mAh.

Harga dan ketersediaan

Oppo A79 tersedia dalam satu varian untuk pasaran Malaysia. Harga rasminya adalah seperti berikut:



  • Oppo A79 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,199

Bagi sesiapa yang berminat, Oppo A79 telah mula dijual atas talian bermula 11 November 2023 dan ia boleh didapati di stor rasmi Oppo dalam talian, serta gedung rasmi Oppo di Lazada dan Shopee. Untuk kedai fizikal Oppo Brand Store dan semua pengedar sah Oppo, ia akan tersedia bermula 16 November 2023.

Menangi Oppo A79 secara percuma

Sempena pelancaran ini juga, Oppo mengadakan “Peraduan Sertai dan Menang” untuk membolehkan orang ramai berpeluang memenangi Oppo A79 secara percuma. Peraduan berjalan selama enam hari dari 10 hingga 15 November 2023.



Untuk sertai, berikut adalah caranya:

  • Langkah 1: Layari hantaran kempen di laman rasmi Oppo Malaysia di Facebook semasa tempoh kempen sedang berjalan dari 10-15 November 2023
  • Lankah 2: Teka jawapan betul bagi semua hantaran yang berkaitan
  • Langkah 3: Komen jawapan anda dengan hashtag #OPPOA79_5G #AvolusiKualitiUntukSemua.

Hanya seorang pemenang akan dipilih dan pemenang akan diumumkan di dalam komen hantaran kempen sebelum 24 November 2023. Untuk ketahui lebih lanjut terma dan syaratnya, anda boleh layari di sini.

Spesifikasi Oppo A79

Oppo A79 tampil dengan rekaan panel belakang yang premium. Ia menggunakan kemasan seakan bulu berkilau, dan menawarkan tekstur unik seperti bulu apabila memegangnya. Panel belakangnya juga akan ada kesan istimewa apabila terkena cahaya pada sudut tertentu. Badannya ada sisi rata nipis berukuran 8.04mm dan berat 193 gram.

Ia menggunakan skrin LCD 6.72 inci dengan resolusi HD Penuh, serta menyokong kecerahan puncak pada 680 nits bersama kadar penyegaran sehingga 90Hz dan kadar sentuh 180Hz. Paparannya juga memiliki cakupan warna gamut DCI-P3 100%. Semua komponen skrin itu dilindungi oleh kaca Panda.

Ia dikuasakan oleh SoC MediaTek Dimensity 6020, bermakna ia menyokong rangkaian 5G. Cip tersebut digandingkan bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.2 seluas 256GB. Jika RAM tidak mencukupi, ia boleh diperluas lagi 8GB dengan RAM maya yang menggunakan sebahagian ruang dari storan. Ia juga menerima slot kad MikroSD untuk tambahan storan.

Sistem pengimejannya dipacu oleh kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera potret 2MP f/2.4. Bahagian depan terdapat lubang kamera 8MP untuk keperluan selfie, yang diletakkan di tengah-tengah atas skrin.

Menyalurkan tenaga kepada telefon adalah dari bateri berkapasiti 5,000mAh, dan ia menyokong pengecasan SuperVOOC 33W. Oppo mendakwa ia mampu mengecas penuh dalam masa 74 minit. Terdapat juga sokongan Bluetooth 5.3, NFC, jek audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di butang kuasa. Ia tersedia dalam dua warna iaitu hitam dan ungu.

Tags: oppoOppo A79
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo A79 5G dengan rekaan berbulu kini rasmi di Malaysia, ada peluang dapatkannya percuma

Oppo A79 5G dengan rekaan berbulu kini rasmi di Malaysia, ada peluang dapatkannya percuma

14 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER