• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 13C, telefon baru termurah Xiaomi akan datang ke Malaysia untuk menyaingi Poco C65

  • OLEH Najib
  • 8:33 pm
  • 14/11/2023
  • Komen
Redmi 13C, telefon baru termurah Xiaomi akan datang ke Malaysia untuk menyaingi Poco C65
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia telah berkongsi utusan yang membayangkan kedatangan telefon baru, Redmi 13C ke pasaran tempatan. Setakat ini, baru dua status berkaitan Redmi 13C telah dikongsi tetapi sudah banyak perkara boleh diketahui tentangnya.

Ini kerana spesifikasi penuh Redmi 13C telah dipamerkan seluas-luasnya di laman web Xiaomi Global. Seperti biasa, ia akan menjadi spesifikasi yang hampir serupa untuk dijual di Malaysia kelak. Malah, ia membawa satu rahsia penting.



Redmi 13C adalah jelmaan Poco C65

Rupa belakang Redmi 13C

Iya benar, Redmi 13C bukanlah telefon yang serba baharu. Sebaliknya ia adalah telefon yang dijelmakan daripada Poco C65 yang telah dilancar di Malaysia minggu lepas. Ini juga bermakna, harganya tidak akan jauh berbeza. Walaupun pada kebanyakan masa, harga Poco lebih murah ketimbang Poco C65.

Di Malaysia, Poco C65 dijual pada harga RM499 (6+128GB) dan RM599 (8+256GB). Harga yang sangat murah untuk storan sebesar itu. Tidak menghairankan jika Xiaomi akan menjual pada harga yang sama, memandangkan Redmi Note 12 yang jauh lebih baik berharga hanya RM699.



Spesifikasi Redmi 13C

Jika anda tahu spesifikasi Poco C65, maka anda telah mengetahui tentang Redmi 13C sepenuhnya. Redmi 13C dikuasakan cip Mediatek Helio G85 12nm, bersama RAM LPDDR4X tetapi masih dengan storan eMMC 5.1. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan ruang storan.

Skrin masih jenis LCD, tetapi agak luas iaitu 6.74-inci dengan kadar penyegaran 90Hz, kendatipun resolusi HD 720p sahaja. Kecerahannya setinggi 450 nits dan boleh mencecah puncak setinggi 600 nits. Berita baik, ia menggunakan kaca Corning Gorilla yang teguh untuk lapisan hadapan.

Hanya ada dua kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP F1.8 dan kamera makro 2MP. Ada kelihatan lensa ketiga tetapi ia dikatakan kamera auxiliary, biasanya merujuk kepada kamera bantuan untuk bokeh atau potret. Kamera hadapan pula 8MP F2.0, terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.

Kamera belakang Redmi 13C

Kapasiti bateri agak biasa iaitu 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 18W, menerusi sambungan USB-C. Tetapi kesenjangan berlaku apabila Xiaomi menjelaskan Redmi 13C hanya datang dengan pengecas 10W di dalam kotak. Perkara yang serupa di Poco C65.

Pengimbas capjari terdapat di sisi, bergabung di dalam butang kuasa. Speaker pula hanya mono yang menembak ke bawah, tetapi ia masih ada jek audio 3.5mm.

Redmi 13C menyokong NFC, serta rangkaian 4G sahaja, tiada 5G. Ia juga dilengkapi Bluetooth 5.1 dan WiFi AC, tanpa sokongan WiFi 6. Sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13 digunakan sebagai penggerak perisian utama di telefon ini.

Xiaomi menyenaraikan empat warna untuk Redmi 13C iaitu hitam, biru, putih dan hijau. Samada Malaysia menerima semua warna atau sebahagian sahaja, perlu menunggu pengumuman rasmi Xiaomi Malaysia.

Empat warna Redmi 13C

Selain warna, perbezaan ketara antara Redmi 13C dan Poco C65 adalah pada logo Poco dan Redmi di belakang. Poco C65 ditampal logo Poco yang besar di tepi kamera, manakala Redmi 13C dikenakan logo kecil Redmi di bawah.

Bacaan Berkaitan

  • Poco C65, telefon murah dengan storan besar 256GB dari RM519 sahaja
  • Redmi 12 dilancar bawah RM600, lebih murah jika ditempah awal
  • Redmi 12 5G miliki prestasi lebih tinggi tanpa kamera ultralebar
Tags: Redmi 13cxiaomiXiaomi Redmi 13C
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 13C, telefon baru termurah Xiaomi akan datang ke Malaysia untuk menyaingi Poco C65

Redmi 13C, telefon baru termurah Xiaomi akan datang ke Malaysia untuk menyaingi Poco C65

14 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER