• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 12 dilancar bawah RM600, lebih murah jika ditempah awal

  • OLEH Najib
  • 1:15 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
Redmi 12 akan dilancar di Malaysia minggu ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti dijangka, Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar mampu milik mereka yang baru, Redmi 12. Ia adalah telefon pintar kelas permulaan dengan harga bermula bawah RM600.

Redmi 12 menawarkan prestasi lebih baik berbanding model lain dalam harganya, serta pilihan storan besar sehingga 256GB.



Harga dan promosi tempahan awal

Orang ramai boleh mendapatkan Redmi 12 di Malaysia mulai 15 Julai 2023 dengan harga seperti berikut:

  • Redmi 12 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM599
  • Redmi 12 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM699

Khas untuk pembeli terawal, Xiaomi menawarkan Redmi 12 128GB dengan diskaun RM100, menjadikan harganya cuma RM499. Harga promosi ini boleh didapati selagi stok masih ada.



Redmi 12 akan dijual di semua Stor Xiaomi rasmi dan pengedar sah di seluruh, serta boleh dibeli di atas talian di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Redmi 12

Telefon pintar kelas permulaan ini dikuasakan cip MediaTek Helio G88 6nm, bersama RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan eMMC 5.1 seluas 128GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB dan ia berupaya meluaskan RAM secara maya sehingga 8GB lagi.

Skrinnya jeniS LCD berukuran 6.79-inci, berlubang kecil di dahi dan ada resolusi HD Penuh bersama kadar penyegaran adaptif sehingga 90Hz. Belakangnya diperbuat daripada kaca, memberi rupa premium walaupun ia adalah peranti kelas permulaan.

Kamera hadapan 8MP F2.1 ditempatkan di dalam lubang kecil di dahi skrin. Kamera di belakang pula ada tiga, gabungan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan dan belakang ini mampu merakam video sehingga HD Penuh 30fps.

Bateri pula dibekalkan dengan kapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W menerusi USB-C. Bagaimanapun, pengecas yang diberi di dalam kotak mungkin hanya 10W, sama seperti yang terdapat di Redmi 12C. Bermakna, untuk mengecas lebih pantas perlu membeli pengecas 18W berasingan.

Sistem bunyi hanya mono dan ia masih ada jek audio 3.5mm. Pengimbas capjari pula ada di dalam butang kuasa di sisi. Xiaomi juga menyatakan bahawa Redmi 12 adalah peranti kalis percikan air IP53.

Sistem operasi yang digunakan adalah MIUI 14 berasaskan Android 13. Terdapat tiga warna disediakan untuk pasaran Malaysia iaitu perak, biru dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi 12.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi 12C kini RM100 lebih murah, boleh dibeli dari serendah RM499
  • Redmi 12C dilancar pada harga bermula RM599, percuma fon putik buat penempah awal
  • Redmi Note 12 Malaysia: Snapdragon 685 dan segala manfaat lain dalam pakej dari RM659
Tags: Redmi 12xiaomiXiaomi Redmi 12
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 12 akan dilancar di Malaysia minggu ini?

Redmi 12 dilancar bawah RM600, lebih murah jika ditempah awal

7 July 2023
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN