• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KTM Komuter kini terima pembayaran kad separa terbuka dengan baki minima RM30

  • OLEH Najib
  • 11:35 am
  • 15/11/2023
  • Komen
KTM Komuter kini terima pembayaran kad separa terbuka dengan baki minima RM30
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna KTM Komuter kini boleh menaiki keretapi dan membayar menggunakan kad debit di semua stesen Komuter di Lembah Klang dan kawasan Utara. Perkara ini selaras dengan pengumuman Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke di Parlimen Malaysia bulan lepas.

Pasti ramai yang berasa gembira kerana boleh menaiki Komuter dengan pembayaran terbuka seperti membayar tol. Tetapi ia sebenarnya masih jauh untuk dikatakan pembayaran terbuka. Ini kerana Komuter hanya menerima pembayaran menggunakan kad debit terpilih sahaja buat masa ini, belum dapat digunakan bersama kad kredit.



Hanya kad MyDebit diterima

Kad MyDebit boleh digunakan di Komuter. sumber

Semasa menjawab soalan YB Wong Chen selaku Ahli Parlimen Subang, Anthony menjelaskan bahawa semua 57 stesen KTM Komuter di Lembah Klang akan menyokong pembayaran kad debit dan kredit, serta kad Touch n Go dan kod QR KTM Wallet di dalam aplikasi KTMB Mobile. Ia dijayakan menerusi pemasangan sistem baru Pintu Kawalan Automatik (ACG) di stesen Komuter yang menelan belanja RM29 juta dan menyokong sistem pembayaran terbuka.

Bagaimanapun dalam pelaksanaan sekarang, hanya kad debit yang memiliki logo MyDebit sahaja yang boleh digunakan di stesen Komuter. Jika anda tidak tahu, kad MyDebit adalah kad debit yang dikeluarkan oleh bank tempatan apabila anda membuka akaun simpanan atau akaun semasa di bank.



Logo MyDebit di kad debit. sumber

Kebiasannya, kad MyDebit turut memiliki logo Visa atau Mastercard. Ini menjadikan logo MyDebit jarang disedari oleh pengguna yang memikirkan ia adalah logo biasa di kad debit.

Tiada sokongan kad prabayar, kad kredit atau kad luar negara

Memandangkan KTM hanya menerima kad debit berlogo MyDebit, bermakna kad prabayar yang dikeluarkan penyedia tempatan juga tidak boleh digunakan. Antara kad prabayar tempatan adalah seperti kad Touch n Go eWallet Visa, Bigpay, dan Malaysia Airlines Enrich Money Visa. Tidak dilupakan juga kad yang hangat diperkatakan kebelakangan ini, kad MyOnePas Mastercard.

Pintu Kawalan Automatik (ACG) di stesen Komuter. sumber

Selain kad prabayar, kad kredit juga masih tidak boleh digunakan di stesen KTM Komuter. Ini bertentangan dengan apa yang diperkatakan Menteri Pengangkutan sebelum ini. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh KTMB menerusi beberapa jawapan kepada komen Facebook.

Ini mungkin bukan masalah besar untuk rakyat Malaysia kerana ramai orang memiliki kad MyDebit. Tetapi ia mengekang pergerakan pelancong dari luar negara, memaksa mereka mencari cara lain untuk menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.

KTMB juga tidak menyatakan bilakah sistem pembayaran terbuka sebenar akan dilaksanakan.

Tetapi jika anda masih mahu menggunakan kad kredit atau debit yang tiada logo MyDebit, anda boleh membuat tambah nilai dengan kad tersebut ke dalam KTM Wallet di aplikasi KTMB Mobile. Seterusnya, membayar menerusi kod QR KTM Wallet untuk menaiki Komuter.

Tambah nilai KTM Wallet di aplikasi KTMB Mobile

Nilai Pegangan Sementara RM30?

Satu lagi perkara penting yang perlu diketahui pengguna kad MyDebit adalah nilai pegangan sementara. Ia adalah konsep yang serupa semasa mengisi minyak di stesen minyak, tetapi dalam nilai yang lebih rendah.

sumber

Untuk Komuter, ia akan memegang RM30 di dalam kad MyDebit pengguna sebagai nilai pegangan sementara, sebaik sahaja pengguna menyentuh masuk terminal kad ACG di stesen Komuter. Nilai sebenar akan ditolak apabila pengguna menyentuh keluar dan bakiya dipulangkan dalam tempoh 1 ke 3 hari.

Dalam ruangan soalan lazim FAQ KTMB, masa sebenar baki dipulangkan kepada pengguna bergantung kepada bank pengeluar kad MyDebit. Malah, nilai pegangan sementara boleh dikenakan melebihi sekali dalam sehari jika jumlah baki nilai pegangan sementara kurang dari RM10 pada hari yang sama.

Pengguna melalui Pintu Kawalan Automatik (ACG) di stesen Komuter

Jika pengguna tidak memiliki nilai pegangan sementara mencukupi, kad tersebut akan disenarai hitam buat sementara dan pengguna perlu membayar secara tunai apabila keluar dari stesen.

Selain itu, semua penggunaan kad MyDebit akan dikenakan bayaran tiket Dewasa. Jika mahu mendapat bayaran diskaun kanak-kanak, perlu membeli tiket secara manual di kaunter atau mesin tiket automatik.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • e-wallet MyOnePAS risikokan pengguna kepada serangan siber, ini sebabnya
  • Monopoli Touch n Go di tol akan dihentikan, pengguna diberi pilihan pembayaran digital terbuka
  • 11 lebuhraya mula guna Sistem Pembayaran Terbuka, Jambatan Pulau Pinang akan laksana kemudian
Tags: kad debitKTMKTM KomuterKTMBMyDebitsistem pembayaran terbukaSPT
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
KTM Komuter kini terima pembayaran kad separa terbuka dengan baki minima RM30

KTM Komuter kini terima pembayaran kad separa terbuka dengan baki minima RM30

15 November 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER