• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor 100 bakal dilancar dengan modul kamera nampak sangat pelik

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:44 pm
  • 15/11/2023
  • Komen
Siri Honor 100 bakal dilancar dengan modul kamera nampak sangat pelik
Share on FacebookShare on Twitter

Honor pada Julai lalu baru sahaja melunaskan pelancaran siri telefon Honor 90. Tidak lama lagi, Honor bakal memperkenalkan sekuel terbaru kepada siri itu, iaitu siri Honor 100 di China. Ia akan merangkumi dua model iaitu Honor 100 dan Honor 100 Pro, dan pelancarannya akan berlangsung pada 23 November 2023.

Honor juga telah mendedahkan butiran rupa bentuk telefon siri Honor 100 menerusi hantaran di Weibo, dengan ia diberi hashtag “Honor 100 Full Score Photogenic”. Menariknya, ia hadir dengan rekaan modul kamera unik, dengan satu daripadanya separa bulat dan lagi satu berbentuk bujur, walaupun tidak dinyatakan yang mana satu model Pro dan bukan Pro.



Honor 100
Honor 100 Pro

Namun, kemungkinan besar telefon dengan modul kamera bujur adalah Honor 100 Pro kerana ia dapat dilihat menggunakan tetapan tri kamera, berbanding dua kamera yang terdapat pada modul separa bulat. Jika dilihat dengan lebih dekat, kedua-dua telefon ini ada kamera utama menggunakan sensor 50MP dengan sokongan OIS.

Honor 100
Honor 100 Pro

Selain itu, ia juga kelihatan siri Honor 100 ini akan hadir dengan skrin melengkung, dengan model asas diletakkan lubang kamera hadapan di tengah-tengah skrin, manakala model Pro ada dua kamera hadapan berbentuk pil. Gambaran yang diberikan juga mendedahkan ia tersedia dalam dua warna, putih marmar dan ungu, dengan model Pro ada dua tekstur berbeza.



Tiada maklumat berkaitan spesifikasi yang didedahkan setakat ini. Tetapi berdasarkan apa yang diperkatakan atas talian, ia akan hadir bersama pengecasan 100W, serta model Pro akan dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2. Jika betul, ia tidak mengejutkan kerana model Honor 90 Pro sebelum ini juga dipasangkan cip flagship Snapdragon 8+ Gen 1.

Siri telefon Honor 100 ini telah pun disenaraikan di kebanyakan peruncit utama di China, tetapi maklumat berkenaan harganya masih belum didedahkan. Sebagai perbandingan, Honor 90 dilancarkan pada harga bermula RM1,799 dengan RAM 12GB dan storan 256GB di Malaysia. Model Pro pula tidak tersedia untuk pasaran tempatan.

Dengan baki kurang dari 10 hari sebelum pelancarannya, Honor mungkin akan dedahkan lebih banyak maklumat beberapa hari akan datang.

[Sumber: GSMArena]

Bacaan berkaitan

  • Honor 90 5G: Miliki cip Snapdragon 7 Gen 1 paling laju dan kamera 200MP
  • Siri Honor 90 dengan kamera 200MP akan dilancar pada 20 Julai, beli baucar RM1 untuk peluang menang telefon
  • Honor Pad X9 dengan 6 speaker akan dilancar bersama siri Honor 90 pada 20 Julai
Tags: honorHonor 100Honor 100 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Siri Honor 100 bakal dilancar dengan modul kamera nampak sangat pelik

Siri Honor 100 bakal dilancar dengan modul kamera nampak sangat pelik

15 November 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER