• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Domino’s mula hantar pizza anda dengan teknologi kapal angkasa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:32 pm
  • 16/11/2023
  • Komen
Domino's Pizza dXb

Domino's Pizza dXb

Share on FacebookShare on Twitter

Domino’s Pizza Malaysia hari ini mengumumkan yang mereka sedang merevolusikan perkhidmatan penghantara pizza mereka ke tahap yang lebih tinggi. Mereka bakal gunakan skuter elektrik yang dilengkapi pod khas penghantaran pizza bagi mengekalkan kesegaran pizza yang anda terima.

Pizza pod dengan pemanas serta sistem penstabil daya-G

Daripada materi pengiklanan, kelihatan Domino’s Pizza akan menggunakan skuter mirip Blueshark R1 sebagai pengangkut. Risiko pizza rosa adalah minimum kerana had laju yang kami capai sewaktu reviu tempoh hari adalah 80km/j sahaja.



Domino's Pizza dXb
Domino’s Pizza dXb

Menariknya tentang skuter ini adalah ia dilengkapi kotak khas di belakang yang dikenali sebagai Pizza Pod. Ia dilengkapi dengan pemanas kendiri yang katanya mengekalkan suhu pizza pada paras 67 darjah Celcius sewaktu dalam perjalanan. Lebih mengagumkan, ia juga ada sistem penyerap hentak terbina untuk menyerap segala gegaran sewaktu dalam perjalanan.

Domino's Pizza dXb
Domino’s Pizza dXb

Makanya, anda boleh yakin yang hirisan daging ataupun keju atas pizza tidak terumbang-ambing. Bagi meminimumkan kondensasi di dalam pod pula, terdapat kipas khas yang akan membuang keluar kelembapan yang terhasil daripada perbezaan suhu dalam dan luar supaya kerak piza kekal rangup sewaktu anda menikmatinya.



Domino's Pizza dXb
Domino’s Pizza dXb

Bukan sahaja nampak futuristik, skuter EV penghantar Domino’s Pizza juga lebih selamat kerana sarat dengan lampu LED di sekelilingnya bagi menjamin penunggangnya jelas kelihatan oleh pengguna jalan raya yang lain, terutamanya sewaktu penghantaran malam.

Domino's Pizza dXb
Domino’s Pizza dXb

Bila skuter pizza ini akan mula menjelajah jalan raya Malaysia

Domino’s Pizza Malaysia tidak pula memperincikan bila skuter ini akan mulakan penghantaran. Namun, dXb akan dilepaskan secara berfasa merentasi 12 pasaran operasi Domini’s Pizza.

Sumber: Domino’s Pizza Malaysia

Tags: bluesharkblueshark r1dominos pizzaEVpizza
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Domino's Pizza dXb

Domino’s mula hantar pizza anda dengan teknologi kapal angkasa

16 November 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN