• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Honda CR-V (2023) boleh ditempah, kini dijana enjin hibrid dengan tork 335Nm

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:52 pm
  • 16/11/2023
  • Komen
Honda CR-V (2023)

Honda CR-V (2023)

Share on FacebookShare on Twitter

Honda Malaysia buka tempahan untuk miliki model serba baharu Honda CR-V (2023). Buat pertama kalinya, siri kali ini menampilkan varian RS e-HEV yang diperkasa enjin 2.0L hibrid dan ia dikatakan mengeluarkan 181hp dengan paras tork setinggi 335Nm. Sebagai perbandingan, CR-V 2.0 2WD sedia ada mempuyai 2.0L NA yang keluarkan 154hp dengan tork 189Nm.

Honda CR-V (2023)
Honda CR-V (2023)

Honda CR-V (2023): Enjin 2.0L e:HEV yang baharu

Seperti yang dikatakan tadi, Honda CR-V (2023) akan diperkasa enjib 2.0L e:HEV. Namun ia cumalah hadir pada variasi tertinggi iaitu CR-V 2.0 e:HEV RS ia menggantikan enjin 2.0L NA sedia ada. Ini adalah enjin yang boleh anda temukan pada Honda Civic e:HEV RS./im



Antara perkara menarik CR-V (2023)
Antara perkara menarik CR-V (2023)

Selain daripada enjin baharu, variasi enjin 1.5L nampaknya dikekalkan pada model selain RS dan ia mengeluarkan kuasa pada paras 193hp dengan tork setinggi 243Nm. Jadi anda boleh jangkakan variasi 2WD dan 4WD akan turut dikekalkan.

Honda CR-V (2023): Badan semakin besar

Mungkin untuk melonjakkan tarafnya lebih menjauhi HR-V dan juga WR-V, Honda turut memperbesar badan CR-V (2023). Di pasaran luar sana, CR-V (2023) diukur sebagai 80mm lebih panjang dan 10mm lebih lebar berbanding sebelumnya disamping jarak gandar juga bertambah sebanyak 40mm.



Honda CR-V (2023)
Honda CR-V (2023)

Ia menyumbang kepada ruang kargo yang lebih luas iaitu 587L ataupun pertambahan sekita 12% berbanding sebelumnya.

Honda CR-V (2023): Berapa harganya?

Hari pelancaran Honda CR-V (2023) akan berlangsung seblum 2023 tamat. Walaupun harganya masih belum diumumkan, anda bolehlah lakukan anggaran berdasarkan model sedia ada. Berikut adalah harga semasa Honda CR-V di Malaysia

  • CR-V 2.0 2WD – RM146,900
  • CR-V 1.5 TC-P 2WD – RM165,800
  • CR-V Black Edition – RM170,400
  • CR-V 1.5 TC-P 4WD – RM171,400

Tidak mustahil variasi paling premium CR-V (2023) akan memasuki paras RM180,000 dengan harga parga permulaannya melebihi RM150,000.

Sumber: Honda

Tags: hondahonda cr-vhonda cr-v (2023)honda malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honda CR-V (2023)

Honda CR-V (2023) boleh ditempah, kini dijana enjin hibrid dengan tork 335Nm

16 November 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN