• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DHL Express Malaysia tambah 51 EV untuk hantar bungkusan anda tanpa punahkan alam

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:11 pm
  • 17/11/2023
  • Komen
DHL Express Malaysia tambah 51 EV untuk hantar bungkusan anda tanpa punahkan alam
Share on FacebookShare on Twitter

DHL Express, jenama kurier antarabangsa terkenal, mengumumkan yang mereka menambah 44 van dan 7 skuter EV ke dalam flit sedia ada dalam memperkukuh komitmen dalam penggunaan kenderaan penghantar mesra alam untuk segmen “kilometer akhir” mereka. Ia adalah sebahagian rancangan mereka untuk memiliki 61 EV penghantar yang diumumkan dalam tahun 2022 tempoh hari.

DHL Express guna Blueshark R1
DHL Express guna Blueshark R1

Ini adalah kali pertama mereka memasukkan skuter elektrik ke dalam flit. Skuter itu diwakili oleh Blueshark R1 dan yang menariknya skuter model yang sama turut digunakan oleh Domino’s Malaysia pada pasukan penghantar pizza mereka. Skuter ini dilengkapi sistem bateri berkapasiti 2.88kWh yang ada jarak 110km (NEDC).



DHL guna Foton iBlue
DHL guna Foton iBlue

Ven elektrik pula kini disertai pelbagai model. Daripada 10 unit ia kini menjadi 54 unit semuanya yang akan beroperasi dalam wilayah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor. Antara model yang ada dalam flit mereka adalah seperti CAM EA4, Foton iBlue, dan CAM EC35.

Sasaran mereka adalah menggantikan 23% kenderaan “kilometer akhir” mereka dengan EV dalam tahun 2024 dan 60% dalam tahun 2030.



Penggunaan EV oleh DHL, selain memanfaatkan alam sekitar, ia juga boleh tawarkan ciri menarik kepada pelanggan produk flit DHL. Contohnya, teknologi Internet of Vehicles (IoV) bolehkan pelanggan menjejak metriks prestasi, sejarah perjalanan, keadaan kenderaan, dan jarak kembara, semuanya secara masa nyata.

Sebenarnya, cita-cita kearah pengangkutan lestari DHL lebih besar daripada itu. Dalam tahun 2021 dulu, mereka menempah pesawat kargo elektrik sepenuhnya daripada Eviation, pengeluar pesawat EV daripada US.

Sumber: DHL

Tags: bluesharkblueshark r1cam ea4cam ec35dhldhl expressfoton iblue
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DHL Express Malaysia tambah 51 EV untuk hantar bungkusan anda tanpa punahkan alam

DHL Express Malaysia tambah 51 EV untuk hantar bungkusan anda tanpa punahkan alam

17 November 2023
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN