• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JBL Authentics bawa teknologi moden bersadur retro

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:25 am
  • 17/11/2023
  • Komen
JBL Authentics 200,300, dan 500

JBL Authentics 200,300, dan 500

Share on FacebookShare on Twitter

JBL, jenama pengeluar produk audio terkenal, mengumumkan satu siri speaker baharu iaitu Authentics.Ia adalah speaker unit tunggal yang versatil dan dilengkapi ciri-ciri pintar untuk bawakan pengalaman audio yang asyik ke ruang tamu anda.

JBL Authentics 200, 300, dan 500

Siri JBL Authentics hadir dalam tiga variasi iaitu Authentics 200, Authentics 300, dan Authentics 500. Mereka mempunyai rekaan hampir serupa tapi berbeza daripada saiz speaker dan beberapa komponen dalaman lain.



JBL Authentics 200,300, dan 500
JBL Authentics 200,300, dan 500

Authentics 200 hadir dengan twiter bersaiz 25mm, wufer 5” dan radiator jenis pasif 6”. Authentics 300 pula ada twiter bersaiz 25mm, wufer 5.25”, dan radiator pasif bersaiz 6.5”. Ia juga ada kelebihan daripada segi dilengkapi bateri yang berikannya mode mudah alih selama 8 jam.

JBL Authentics 200,300, dan 500
JBL Authentics 200,300, dan 500

Variasi paling premium adalah Authentics 500 yang ada konfigurasi multispeaker. Ia ada tiga unit twiter 25mm, 3 wufer frekuensi julat sderhana 2.75”, dan 1 subwufer 6.5”. Kuasa output keseluruhan Authentics 500 adalah 270W dan dengan konfigurasi saluran 3.1, ia turut ada lencana Dolby Atmos.



JBL Authentics bawa teknologi moden bersadur retro

Siri JBL Authentics mengetengahkan rekaan speaker retro. Anda boleh perhatikan pada penutup speaker berkotak-kotak dengan badan berwarna coklat untuk berikan perasaan klasik. Namun di dalamnya ada pelbagai teknologi moden.

Antara yan gboleh anda manfaatkan adalah sambungan Wi-Fi untuk anda mainkan audio melalui protokol AirPlay, Alexa Multi-Room Music, Chromecast, dan Spotify Connect.

Ia juga boleh menerima arahan suara untuk pembantu maya Google Assistant dan Amazon Alexa untuk anda kawal peralatan lain di dalam rumah. Mengawal speaker juga boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi telefon pintar JBL ONE App.

Speaker ini cukup pintar untuk melakukan penalaan kendiri untuk menyesuaikan pola lontaran audio dalam ruang tempat ia berada setiap kali ia dihidupkan.

Harga JBL Authentics 200, 300, dan 500

Siri JBL AUthenthics sudahpun boleh didapati dalam pasaran. Harga rasminya adalah seperti berikut:

  • JBL Authentics 200 – RM1,999
  • JBL Authentics 300 – RM2,599
  • JBL AUthentics 500 – RM3,699

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: JBL AuthenticsJBL Authentics 200JBL Authentics 300JBL Authentics 500Siri baru JBL Authentics beri suntikan hipster dan modenisasi serentak. JBLspeaker
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

JBL Authentics 200,300, dan 500

JBL Authentics bawa teknologi moden bersadur retro

17 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER