• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton S70 akan dilancar 7 hari lagi, pendaftaran minat dibuka sekarang

  • OLEH Najib
  • 5:52 pm
  • 21/11/2023
  • Komen
Proton S70 akan dilancar 7 hari lagi, pendaftaran minat dibuka sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Masa yang dinantikan rakyat Malaysia sudah tiba. Proton hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kereta sedan terbaru, Proton S70 pada minggu hadapan. Pelancarannya akan diadakan pada hari Selasa, 28 November 2023.

Dalam pengumuman yang sama, Proton menyatakan majlis pelancaran akan diadakan pukul 4.30 petang. Di samping itu, orang ramai yang mahu untuk menjadi yang terawal dimaklumkan berita terkini tentang Proton S70, boleh mendaftarkan minat mereka di laman pendaftaran minat Proton S70.



Daftar minat Proton S70
Daftar minat Proton S70

Di laman tersebut, mereka yang berminat perlu mengisi maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan emel. Seterusnya, mereka diminta untuk memaklumkan negeri bandar dan cawangan yang digemari. Ini kerana wakil penjual cawangan tersebut akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya. Mungkin mengajak anda hadir ke cawangan untuk pandu uji, sekaligus membuat tempahan.

Proton S70 dikatakan memiliki prestasi dan fungsi setaraf Honda Civic atau Toyota Corolla Altis. Bagaimanapun, harganya dijangka setanding Honda City dan Toyota Vios. Mungkin kita akan melihat harga Proton S70 di sekitar RM80,000 ke RM110,000.



Proton S70
Proton S70
Proton S70

4 varian Proton S70 ditawarkan

Sebulan sebelum dilancarkan, Proton telah membuka tempahan dengan deposit RM500 sejak 1 November 2023. Beberapa hari lepas, Proton telah berkongsi tentang varian yang akan ditawarkan di Malaysia iaitu 1.5T Executive, 1.5T Premium, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X.

Dari namanya, ia menjelaskan penggunaan enjin yang serupa untuk semua varian iaitu enjin 1.5L Turbo. Enjin ini menghasilkan kuasa 150Ps dengan tork 226Nm. Perbezaan antara varian adalah pada rupa dan pengalaman pemanduan.

Proton S70
4 varian Proton S70

Walaupun Proton meletakkan S70 dalam segmen C, kereta ini di negara asalnya adalah dalam segmen B. Malahan, asas senibinanya juga dinamakan B-segment Modular Architecture (BMA) dan platform yang sama digunakan pada Proton X50.

Nantikan berita dari kami terus dari pelancaran Proton S70 pada 28 November. Jangan lupa untuk mendaftar minat di laman web Proton jika anda mahu menjadi terawal dimaklumkan ketersediannya berhampiran anda kelak.

[Sumber: Proton]

Bacaan Berkaitan

  • Proton S70: 5 perkara yang perlu anda tahu tentang pesaing Honda Civic dan Toyota Corolla ini
  • Tempahan untuk Proton S70, pesaing Honda Civic telah dibuka dengan deposit RM500 sahaja
  • Hot Wheels Proton Saga mula dijual, tapi banyak harga scalper
Tags: protonProton S70
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Proton S70 akan dilancar 7 hari lagi, pendaftaran minat dibuka sekarang

Proton S70 akan dilancar 7 hari lagi, pendaftaran minat dibuka sekarang

21 November 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER