• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Lagi bukti jelas Apple Store pertama Malaysia di TRX

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:52 pm
  • 22/11/2023
  • Komen
Lagi bukti jelas Apple Store pertama Malaysia di TRX
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai sudah sedia maklum yang Apple bakal membuka Apple Store pertamanya di Malaysia tidak lama lagi, berkemungkinan besar bertempat di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur. Kini, bukti lebih meyakinkan telah muncul dalam talian, mengesahkan Apple Store Malaysia merupakan sebahagian daripada projek pembangunan yang sedang dibangunkan di TRX.

Menurut video yang dikongsi oleh pengkritik terkenal Apple tempatan, Xavier Naxa di X (terdahulu dikenali sebagai Twitter) miliknya, ia menunjukkan sekumpulan pekerja pembinaan berdiri berdekatan dengan papan tanda berlogo Apple. Pada awal video juga jelas kelihatan bangunan Exchange 106, membuktikan video itu dirakam di kawasan sekitar TRX.



Akhirnya tiada lagi teka teki berhubung lokasi sebenar Apple Store setelah seorang individu berjaya merakam video papan tanda yang memaparkan logo Apple bertempat di The Exchange TRX. pic.twitter.com/m09ORl2g0U

— Xavier Naxa (@XavierNaxa) November 20, 2023

Dari video yang sama, boleh dilihat papan tanda Apple tersebut berhampiran dengan bangunan berbumbung berwarna putih. Jika anda mengikuti perkembangan Apple Store di TRX, anda mesti kenal rekaan unik bangunan Apple ini yang berbentuk seperti tudung saji berwarna putih.

Anda boleh mendapatkan gambaran lebih jelas Apple Store TRX ini menerusi rakaman dron oleh Southern Corridor Malaysia (SCM) di YouTube. Selain itu, hantaran terbaru dari Skyscrapers MY juga ada memberikan gambaran rupa stor terbaru Apple ini.



Khabar angin mengenai Apple Store di Malaysia ini sudah wujud sejak tahun 2021 lagi, dengan bukti pertamanya timbul pada akhir tahun lepas menunjukkan papan tanda besar Apple sedang dinaikkan di TRX. Ketika itu, Apple turut dikesan membuka peluang pekerjaan di laman web Apple sendiri.

Apple Store terletak di ‘TRX City Park’

Lokasi Apple Store sememangnya telah diketahui akan berada di atas bumbung, seperti yang dapat dilihat dalam video. Tapi jika dilihat dengan lebih teliti dalam video, terdapat papan tanda yang hanya jelas untuk dibaca perkataan “taman”.

Kiri – papan tanda dengan perkataan “taman” di video. Kanan – Papan tanda serupa dari Facebook TRX.

Berdasarkan perhatian kami di laman rasmi TRX di Facebook, terdapat gambar papan tanda seakan sama tapi dengan perkataan “TRX City Park”. Dipercayai papan tanda tersebut membawa maksud “Taman Bandar TRX”

Untuk pengetahuan anda, Taman Bandar TRX adalah taman atas bumbung yang memiliki keluasan 10 ekar dengan pelbagai peranan untuk dimanfaat pengunjung termasuk ruang makan, kawasan rekreasi dan ruang untuk acara. Ia juga akan mempunyai laluan jogging tersendiri dan kawasan untuk bermeditasi.

Gambar konsep TRX oleh artis. Sumber: Lendlease

Tambahan pula, taman TRX ini juga ada ruang yang cukup besar untuk menganjurkan teater pop-up IMAX. Memandangkan Apple sering pilih kawasan unik untuk bangunkan Apple Store, TRX nampaknya adalah pilihan yang tepat.

TRX Exchange akan dibuka tanpa Apple Store?

Persoalan terbesar, bilakah Apple Store Malaysia akan dibuka? Menurut penganalisis terkenal Bloomberg, Mark Gurman, dia mengatakan Apple Store TRX akan dibuka pada Februari tahun 2024. Sementara itu, TRX Exchange pula akan dibuka kepada orang ramai lebih awal, pada 29 November 2023.

Gambar Apple Store pada September 2023 dari Exchange 106

Dengan berbaki lagi seminggu sebelum pembukaannya, masih tiada pengumuman rasmi dari Apple berkenaan pembukaan stor rasmi pertamanya di Malaysia. Adakah Apple juga akan membuka stornya di TRX bersama pembukaan di TRX atau mengikut seperti yang dilaporkan Mark Gurman?

Nantikan pembukaan rasmi TRX Exchange pada minggu hadapan.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: appleApple StoreApple Store MalaysiaTRXTRX Exchange
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Lagi bukti jelas Apple Store pertama Malaysia di TRX

Lagi bukti jelas Apple Store pertama Malaysia di TRX

22 November 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER