• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Quatix 7 Pro sarat fungsi aktiviti marin pada harga RM4,950

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:17 pm
  • 23/11/2023
  • Komen
Garmin Quatix 7 Pro sarat fungsi aktiviti marin pada harga RM4,950
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Quatix 7 Pro adalah jam tangan premium aktiviti marin yang baru sahaja dilancarkan di peringkat global pada 15 November 2023 lalu. Kini produk tersebut sudahpun diumumkan untuk pasaran Malaysia.

Harga Garmin Quatix 7 Pro di Malaysia

Garmin Quatix 7 Pro ditawarkan pada pengguna Malaysia pahda harga RM4,950. Buat yang berminat untuk dapatkannya boleh carinya di laman AECO e-Store, Lazada, ataupun Shopee serta boleh bertanya di semua pengedar sah jenama Garmin di seluruh Malaysia.



Spesifikasi Garmin Quatix 7 Pro

Jam tangan Quatix 7 Pro menampilkan paparan AMOLED sebesar 1.3”. Muka jamnya dilindungi kaca berasaskan nilam dan cukup keras untuk mengharungi situasi lasak sewaktu belayar. Bukan setakat muka jam tahan calar, bingkainya pula diperbuat daripada titanium turut menyumbang kepada lekasakan jam tangan ini.

Sama seperti siri Tactix 7, lampu suluh mini juga hadir pada Quatix 7 Pro untuk memudahkan pergerakan pada waktu malam. Sebagai jam tangan penjejak aktiviti, ia masih dibekalkan dengan ciri-ciri asas. Contohnya sensor satelit geolokasi yang menyokong multifrekuensi untuk pastikan ketepatan dan kejituan dalam navigasi.



Ada juga sensor altimeter, barometer, kompas digital 3 paksi, pengesan denyutan nadi, dan lain-lain untuk memungut data kesihatan. Namun, disebabkan ia dikhususkan untuk penggiat aktiviti marin, Quatix 7 Pro diberikan ciri tambahan yang khusus untuk sukan itu. Contohnya, jam tangan ini boleh berintegrasi dengan peralatan di atas bot, seperti menerima data-data navigasi daripada pusat kawalan bot seperti kedalaman, RPN enjin, angin, carta plot dan lain-lain.

Ia turut menyokong ciri peta BlueChart G3 dan LakeVu G3 iaitu peta navigasi air tawar untuk pengguna Amerika Syarikat. Peta topografi beresolusi tinggi juga boleh didapatkan melalui langganan premium termasuklah peta lapangan golf dan resort ski.

Satu bateri pentuh memberikan waktu guna sehingga 16 hari lamanya dalam mode jam tangan pintar. Bergantung kepada cara guna, hayat bateri boleh berubah-rubah. Contohnya dalam mode GPS, hayat bateri menjadi 42 jam ataupun 60 jam sekiranya mode UltraTrac digunakan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Descent G1 Solar Ocean, dari sisa segara menjadi jam pintar dan komputer menyelam
  • Garmin MARQ Carbon Collection: Jam pintar premium dengan gaya, mutu dan keunggulan
  • Garmin Tactix 7: Kalau James Bond ejen sebenar, ini mungkin jam tangan pilihannya
Tags: garmingarmin quatix 7garmin quatix 7 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Quatix 7 Pro sarat fungsi aktiviti marin pada harga RM4,950

Garmin Quatix 7 Pro sarat fungsi aktiviti marin pada harga RM4,950

23 November 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER