• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis bakal jadi rakan ketersambungan Blueshark dan EVC

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:56 pm
  • 23/11/2023
  • Komen
Maxis bakal jadi rakan ketersambungan Blueshark dan EVC
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis mengumumkan yang mereka bakal jadi rakan solusi ketersambungan untuk skuter elektrik Blueshark dan juga stesen EV JomCharge kendalian EVC. Menggunakan sambungan 4G dan 5G, Maxis berharap dapat membantu industri kenderaan elektrik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Teknologi seperti pengkomputeran awan, data raya, dan Internet-of-Things adalah antara yang akan diintegrasikan ke dalam papan pemuka Environmental, Social, dan Governance (ESG) untuk Blueshark. Ia membolehkan pengguna memantau jejak karbon mereka dan juga memudahkan Blueshark sendiri menjejak lokasi skuter elektrik mereka secara masa nyata.



Blueshark R1 adalah skuter elektrik dengan ciri pertukaran bateri. Pengguna boleh pergi ke stesen pertukaran bateri berhampiran untuk menukar bateri tanpa perlu menunggu bateri dicas.

Di pihak EVC pula, ketersambungan Internet kepada rangkaian stesen EV JomCharge mereka adalah penting kerana ia adalah tulang belakang kepada pengoperasian mereka. Tanpa capaian Internet, stesen EV tidak boleh melakukan pengesahan terhadap kaedah pembayaran pengguna dan proses mengecas tidak boleh digunakan.



Hari demi hari ada sahaja stesen EV baharu dibuka oleh EVC. 5 hari yang lalu, sebuah stesen 180kW dengan tiga kepala telah dilancarkan di Petronas Ulu Bernam R&R (SB).

Sumber
Tags: bluesharkevcJomChargemaxis
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Maxis bakal jadi rakan ketersambungan Blueshark dan EVC

Maxis bakal jadi rakan ketersambungan Blueshark dan EVC

23 November 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN