• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Playables ada banyak game, pengguna Malaysia boleh uji sekarang

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:22 pm
  • 23/11/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube sebelum ini ada memaklumkan mereka sedang menguji ciri baru yang dinamakan Playables. Ciri ini membolehkan pengguna untuk bermain game terus dari YouTube tanpa perlu memuat turun apa-apa. Diumumkan pada September lalu, ia tersedia kepada bilangan pengguna yang terhad.

Sejak dari pengumumannya, tiada apa-apa berita mengenainya mahupun pengeluarannya yang lebih meluas. Tapi sekarang, telah terdapat laporan baru berkenaannya, mendedahkan beberapa maklumat serta permainan yang ditawar di Playables. Nampaknya ciri ini juga tersedia di Malaysia kerana kami berupaya untuk menghidupkan dan dapat menggunakan Playables ini.



Ia boleh diakses di menu halaman utama YouTube di bawah tab “Explore”, pada akaun YouTube premium. Terdapat pelbagai permainan mudah alih berasakan HTML5 yang ditawarkan. Dan sudah tentu tiada pilihan untuk permainan bertajuk AAA berat, menunjukkan ia tidak menggunakan semula khidmat Stadia yang telah dihentikan pada awal tahun ini.

Berikut adalah antara senarai permainan yang ditawarkan di Playables:



  • Scooter Extreme
  • State.io
  • Brain Out
  • 8 Ball Billiards Classic
  • Color Burst 3D
  • Stack Bounce
  • Daily Crossword
  • Daily Solitaire
  • Color Pixel Art
  • Carrom Clash
  • Cannon Balls 3D
  • Basketball FRVR
  • Angry Birds Showdown
  • Cube Tower
  • Crazy Caves
Permainan di Playables

Dalam masa sama, Google juga mengatakan ciri Playables ini akan boleh digunakan di aplikasi Android dan iOS, dan juga laman web YouTube. Tambahan pula, kelihatan terdapat juga pilihan untuk mematikan ciri ini jika anda tidak mahu gunakannya.

Walau bagaimanapun, berkemungkinan ciri Playables ini tidak akan tersedia untuk semua dalam masa terdekat kerana ia menyatakan fasa ujian akan tersedia sehingga 28 Mac. Ini bermakna pelancaran rasminya mungkin akan dilakukan selepas tarikh itu, berkemungkinan pada separuh tahun 2024.

Dalam fasa ujian ini, Playables boleh diakses pengguna YouTube Premium dalam bilangan terhad. Tidaklah pasti sama ada ia akan boleh digunakan untuk pengguna bukan premium apabila dilancarkan secara rasmi kelak.

Namun, jika anda pengguna premium dan mahu mencuba nasib, anda boleh pergi ke youtube.com/new untuk melihat sama ada anda layak untuk mencubanya. Ciri ini pastinya tawarkan hiburan berbeza untuk pengguna, selain dari hanya menonton video di YouTube.

[Sumber: Android Authority]

Tags: gameYouTubeYoutube Playables
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

YouTube Playables ada banyak game, pengguna Malaysia boleh uji sekarang

23 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER