• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Xiaomi 13T vs Realme 11 Pro+: mana lebih bagus tonton filem dan buat kerja?

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:13 pm
  • 25/11/2023
  • Komen
Xiaomi 13T vs Realme 11 Pro+: mana lebih bagus tonton filem dan buat kerja?
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan saingan sengit telefon pintar dalam kelas pertengahan sekarang, mungkin ada yang keliru apabila nak buat keputusan. Ada yang tanya di YouTube, antara Xiaomi 13T dan Realme 11 Pro+ mana lebih bagus untuk keperluan bukan fokus untuk gaming, tapi lebih kepada tonton filem dan buat kerja? Di sini saya nak terangkan.

Untuk menjelaskan, memang terdapat satu telefon jelas ketara lebih bagus dalam semua aspek antara dua telefon ni. Boleh kata tapau terus lagi satu telefon tu.



Perbandingan Realme 11 Pro+ dan Xiaomi 13T

Realme 11 Pro+

Sebelum itu, jika dilihat dari segi harga, Xiaomi 13T dilancarkan pada harga RM1,799 dengan konfigurasi RAM 8GB dan storan 256GB. Kalau tambah lagi RM200 akan dapat RAM 12GB. Realme 11 Pro+ pula berharga RM1,999, dengan RAM 12GB dan storan dua kali ganda lagi besar 512GB. Namun, walaupun konfigurasi lagi besar, Realme 11 Pro+ hanya guna storan UFS 2.2, Xiaomi pula guna UFS 3.1 yang lagi bagus. 

Xiaomi 13T

Selain itu, Xiaomi turut mengguna pakai cip flagship Dimensity 8200 Ultra, jadi prestasinya memang tinggi. Untuk buat kerja atau kegunaan harian memang tak ada masalah, malah nak main game berat pun boleh. Realme 11 Pro+ pula diperkasa cip Dimensity 7050 yang ada prestasi yang ok-ok sahaja untuk kegunaan harian dan buat kerja. Kalau gaming kurang seronok sikit.



Realme 11 Pro+
Xiaomi 13T

Untuk kegunaan tengok movie, kedua-dua telefon ini cukup bagus. Ada speaker stereo dengan sokong Dolby Atmos, serta skrin AMOLED diiktiraf HDR 10+. Tapi Xiaomi dapat tawar pengalaman lagi mengasyikkan kerana ia ada resolusi lebih tinggi pada 2K, serta menyokong Dolby Vision. Realme bukan sahaja tak ada Dolby Vision, malah resolusi sampai HD Penuh sahaja.

Realme 11 Pro+

Dalam masa sama, Xiaomi juga memiliki tahap kalis air dan debu IP68, Realme pula tidak dinyatakan pula tahapnya. Malah, kamera Xiaomi 13T juga lebih hebat kerana hadir dengan cap Leica, serta ada lebihan kamera telefoto, meskipun Realme 11 Pro+ mampu zum lossless 4x.

Xiaomi 13T

Oleh itu, walaupun Realme 11 Pro+ sudah memadai untuk keperluan menonton filem dan lakukan kerja, Xiaomi 13T ternyata lebih bagus dan dapat menawarkan pengalaman penggunaan lebih baik secara keseluruhan. Realme11 Pro+ ini saya hanya cadangkan untuk anda pilih jika mahukan storan lebih besar, dan tak berapa gemar sistem operasi MIUI.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang dua telefon tadi, anda boleh tonton reviu penuh kami berkenaan Xiaomi 13T dan Realme 11 Pro+ di YouTube. Kalau anda berminat, anda boleh dapatkan Xiaomi 13T di Lazada dan Shopee, atau Realme 11 Pro+ juga di Lazada dan Shopee.

Bacaan berkaitan

  • Beli telefon Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro sekarang, dapat hadiah percuma fon putik & gelang kecergasan
  • Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000
  • Berbaloi ke nak naik taraf ke Xiaomi 13T dari Xiaomi 12T?
Tags: RealmeRealme 11 Pro+telefonxiaomiXiaomi 13T
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Xiaomi 13T vs Realme 11 Pro+: mana lebih bagus tonton filem dan buat kerja?

Xiaomi 13T vs Realme 11 Pro+: mana lebih bagus tonton filem dan buat kerja?

25 November 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER