• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rekaan Samsung Galaxy S24 Ultra menunjukkan skrin dan panel belakang rata

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:54 am
  • 28/11/2023
  • Komen
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dijangka akan memperkenalkan siri flagship terbaru mereka, siri Galaxy S24 pada tahun hadapan. Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Samsung akan melancarkan telefon flagship seterusnya pada Januari 2024. Ini lebih awal daripada pelancaran yang kebiasaannya berlangsung pada bulan Februari.

Bagaimanapun, menjelang pelancarannya, gambar yang dipercayai adalah Galaxy S24 Ultra telah muncul atas talian, lantas mendedahkan rupa bentuk telefon itu. Gambar tersebut dikongsi oleh pengguna X @IceUniverse, dengan gambar asalnya dimuat naik oleh @DavidMa05368498 di laman Xnya.



It has been confirmed that this is the real Galaxy S24 Ultra. Photos from @DavidMa05368498 pic.twitter.com/PkaFZtkmOc

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) November 24, 2023

Sekilas pandang, kelihatan seperti tiada perbezaan berbanding model Galaxy Ultra sebelum ini. Tapi jika dilihat dengan lebih teliti, anda akan perasan terdapat perbezaan yang ketara pada rekaannya.

Rekaan Samsung Galaxy S24 berbeza

Berdasarkan gambar yang dikongsi, dapat dilihat panel belakangnya menggunakan kemasan kaca berwarna hijau. Tapi warna hijaunya kelihatan sedikit berbeza berbanding di Galaxy S23 Ultra sedia ada, ternampak lebih pudar menjadikannya seakan warna perak ataupun kelabu.



Apa yang menarik adalah, panel belakangnya kelihatan rata tanpa lengkungan hingga ke hujung kiri dan kanan bingkai. Ini juga membuatkan rekaannya nampak lebih berkotak. Logo Samsung juga terdapat di bawah panel belakang, serta S Pen juga masih kelihatan di bahagian kiri bawah telefon.

Selain itu, modul kamera masih mengekalkan kedudukan yang sama seperti Galaxy S23 Ultra, dengan tiga modul kamera yang diletakkan secara melintang, manakala dua lagi modul berada di atas dan bawah lampu flash. Saiz bonggol kelihatan sama seperti Galaxy S23 Ultra, mencadangkan ia masih menggunakan modul kamera serupa.

Apabila melihat dari sisi, skrinnya juga rata di hujung sisi bingkai, bermakna sisi bingkainya juga lebih rata dan tebal. Jika betul, ini bermaksud tiada lagi telefon Galaxy dengan rekaan melengkung di sisi bingkai. Di bahagian kanan bingkai, ia masih menempatkan butang sama, iaitu butang kuasa dan butang volum, bersama-sama antena 5G di bawahnya.

Sumber: Ice Universe

Pengguna X Ice Universe juga ada menunjukkan gambar perbandingan antara dagu skrin Galaxy S24 Ultra dan S22 Ultra. Kelihatan dagu skrin S24 Ultra lebih nipis, tapi bingkai bawah dan sisi bezel lebih tebal kerana rekaannya yang rata tanpa lengkungan di sisi bingkai.

Siri Galaxy S24 dijangka akan diperkasa cip flagship terbaru Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Mengikut laporan sebelum ini, acara Galaxy Unpacked 2024 akan diadakan pada 17 Januari 2024 di Silicon Valley yang terletak di San Jose, Calinfornia.

[Sumber: Ice Universe]

Bacaan berkaitan

  • Galaxy S24 akan dilancar berdekatan Apple Park, sebulan lebih awal
  • Siri Galaxy S24 akan disuntik lebih banyak ciri AI untuk lawan Google Pixel
  • Galaxy S23 jadi yang terawal terima Android 14 di Malaysia, ada penyunting video Studio
  • Galaxy S23 FE dipertingkat dengan kamera sehebat Galaxy S23 dan USB-C setara iPhone 15 Pro
Tags: Galaxy S24samsungSamsung Galaxy S24 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Rekaan Samsung Galaxy S24 Ultra menunjukkan skrin dan panel belakang rata

28 November 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN