• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

eMadani tidak layak dipohon penerima eBeliaRahmah, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:09 pm
  • 29/11/2023
  • Komen
eMadani tidak layak dipohon penerima eBeliaRahmah, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan mekanisme pemberian eMadani dalam Dewan Rakyat. Ia adalah RM100 dalam bentuk kredit edompet yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM1 billion dan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia.

Berikut adalah 5 perkara yang perlu anda tahu tentang eMadani.



1. Golongan yang layak memohon eMadani

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘Know–Your–Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.



2. Tempoh eMadani dijalankan

Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

3. 4 penyedia eWallet yang terlibat

Setelah berunding dengan lebih 10 penyedia perkhidmatan eWallet di Malaysia, kerajaan memilih:

  1. MAE;
  2. Setel;
  3. ShopeePay; dan
  4. Touch ‘n Go eWallet.

Empat penyedia perkhidmatan ini mempunyai jumlah keseluruhan lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian.

4. Transaksi kredit eMadani yang tidak dibenarkan.

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  1. Pemindahan ‘peer-to–peer’;
  2. Penebusan tunai;
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  5. Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  6. Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

5. Penerima eBeliaRahmah tidak layak menerima eMadani

Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Tags: emadaniMAEsetelshopee paytng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

eMadani tidak layak dipohon penerima eBeliaRahmah, ini sebabnya

eMadani tidak layak dipohon penerima eBeliaRahmah, ini sebabnya

29 November 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN