• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi lancar pascabayar 5G baharu, percuma fiber 300Mbps

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:41 pm
  • 30/11/2023
  • Komen
CelcomDigi lancar pascabayar 5G baharu, percuma fiber 300Mbps
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi hari ini memperkenalkan sebilangan produk pascabayar baharu. Sebanyak 6 pilihan disediakan dan ia menggantikan pelan pascabayar Celcom Mega dan Digi Postpaid yang kini diletakkan dibawah kategori pelan legasi. Daripada pelan itu, 5 akan mula ditawarkan pada 1 Disember 2023 manakala 1 lagi ditawarkan bermula 1 Januari 2024.

CelcomDigi Postpaid 5G bermula RM80

Berikut adalah 5 pelan yang ditawarkan bermula 1 Disember 2023.



  • CelcomDigi Postpaid 5G 80
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160

Kesemua pelan ini berikan kuata panggilan tanpa had. Uniknya penawaran kali ini adalah adanya had kelajuan sambungan 5G. Dua penawaran paling bawah iaitu Postpaid 80 dan Postpaid 100 mempunyai kelajuan 5G yang dihadkan masing-masing kepada 100Mbps dan 300Mbps walaupun mereka sedia mempunyai kuota data iaitu 90GB dan 150GB.

Bermula pelan Postpaid 120, pelanggan terima kuota 4G dan 5G tanpa had (ber-FUP). Postpaid 120, kelajuan 5G dihadkan pada 300Mbps dengan had kuota hotspot 20GB. Postpaid 140 dan Postpaid 160 kelajuan 5G dihadkan kepada 500Mbps dan kuota hotspot ditetapkan pada 100GB dan 300GB.



Untuk maklumat FUP, Postpaid 120 dan Postpaid 140 mempunyai had keras 300GB manakala Postpaid 160 pada 1,000GB.

Sekiranya anda berminat untuk langgan mana-mana pelan pascabayar baharu ini, rebat RM10/bulan akan diberikan ke atas jumlah bil sekiranya anda langgan bersama kontrak. Selain itu, CelcomDigi turut tawarkan fiber 300Mbps percuma selama 6 bulan.

Pelanggan juga ada pilihan untuk tambah sehingga 6 talian tambahan dan empat pelan berikut boleh dipilih:

  • Family
  • Family Plus
  • Gadget SIM
  • Gadget SIM Plus

CelcomDigi juga lancarkan pelan lebih premium iaitu CelcomDigi Postpaid 260.

Tags: celcomCelcomDigidigi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

CelcomDigi lancar pascabayar 5G baharu, percuma fiber 300Mbps

CelcomDigi lancar pascabayar 5G baharu, percuma fiber 300Mbps

30 November 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER