• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi Postpaid 5G 260 tawar 5G tanpa had dan jalur lebar 300Mbps dalam satu pelan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:53 pm
  • 30/11/2023
  • Komen
CelcomDigi Postpaid 5G 260 tawar 5G tanpa had dan jalur lebar 300Mbps dalam satu pelan
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi hari ini memperkenalkan sebilangan produk pascabayar baharu. Sebanyak 6 pilihan disediakan dan ia menggantikan pelan pascabayar Celcom Mega dan Digi Postpaid yang kini diletakkan dibawah kategori pelan legasi. Daripada pelan itu, 5 akan mula ditawarkan pada 1 Disember 2023 manakala 1 lagi ditawarkan bermula 1 Januari 2024.

CelcomDigi lancar pascabayar 5G baharu, percuma fiber 300Mbps



CelcomDigi Postpaid 5G 260 pelan paling premium

CelcomDigi Postpaid 5G 260 adalah pelan paling premium CelcomDigi ia ditawarkan pada harga RM260/bulan. Pelan ini hanya akan mula ditawarkan 1 Januari 2024. Sementara itu, mari lihat apa yang anda terima.

Mereka ingin mengetengahkan integrasi antara ketersambungan data mudah alih dengan fiber dalam satu pakej. Untuk komponen data mudah alih, anda beroleh capaian Internet 4G/5G dengan kuota keras melebihi 1TB. Pelanggan juga diberikan akses 5G pada kelajuan sehingga 1Gbps.



Untuk komponen jalur lebar, pengguna diberikan sambungan CelcomDigi Fibre 300Mbps secara. Kemudian, ada beberapa manfaat lain yang boleh dinikmati pelanggan di bawah CelcomDigi Postpaid 5G 260.

Contohnya, 50% diskaun diberikan untuk penyertaan sehingga 6 talian tambahan daripada senarai berikut:

  • Family
  • Family Plus
  • Gadget SIM
  • Gadget SIM Plus

CelcomDigi Postpaid 5G 260 ada rebat menarik

RM260/bulan adalah harga tanpa sebarang rebat tambahan. Semestinya CelcomDigi tawarkan pelbagai insentif lumayan bagi menarik lebih ramai memanfaatkan produk baharu ini.

Pendaftaran baharu layak menerima rebat RM10/bulan sekiranya mereka ditambat pada kontrak. Lebih menarik, pelanggan sedia ada yang menaik taraf pelan sedia ada mereka kepada Postpaid 5G 260 ini boleh melanggannya pada RM200/bulan.

Tidaklah diketahui sama ada harga promosi ini bersifat kekal ataupun sah sepanjang mereka berada di bawah kontrak. Butiran lanjut terma & syarat hanya akan diterbitkan pada 1 Disember 2023.

Tags: CelcomDigicelcomdigi postpaid 5gcelcomdigi postpaid 5g 260
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026
CelcomDigi Postpaid 5G 260 tawar 5G tanpa had dan jalur lebar 300Mbps dalam satu pelan

CelcomDigi Postpaid 5G 260 tawar 5G tanpa had dan jalur lebar 300Mbps dalam satu pelan

30 November 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER