• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Store TRX: Ini rupa kedai pertama Apple di Malaysia lebih dekat dan jelas

  • OLEH Najib
  • 6:38 pm
  • 30/11/2023
  • Komen
Apple Store TRX: Ini rupa kedai pertama Apple di Malaysia lebih dekat dan jelas
Share on FacebookShare on Twitter

The Exchange TRX telah dibuka secara rasmi pada 29 November 2023, menjadi satu lagi bahagian dalam zon Tun Razak Exchange dibuka kepada orang ramai. Salah satu tarikan utamanya di pusat membeli-belah mega di tengah bandaraya ini adalah tamannya, seluas 10 ekar di bumbung bangunan dan dikenali sebagai TRX City Park atau Taman Bandar TRX.

Sehingga kini, masih tiada pengesahan rasmi daripada Apple tentang kedai pertama Apple yang diwar-warkan setelah sekian lama ada di TRX. Tetapi sudah muncul beberapa tanda-tanda dan gambar yang menunjukkan ia ada di sini. Terbaru adalah video yang dikongsikan di X oleh Xavier Naxa, yang jelas kelihatan papan tanda Apple yang besar.



Lebih kecil dari jangkaan?

Dengan pembukaan The Exchange TRX, maka bangunan yang dikatakan Apple Store TRX juga boleh dilihat lebih dekat. Sahabat kami Chapree, telah pergi sendiri ke sana untuk mengkaji mitos ini dengan mata sendiri. Perkara pertama yang dikongsi adalah saiz Apple Store TRX yang kelihatan kecil.

Rekaan atap bangunan Apple Store TRX adalah seperti tudung saji dan ia sangat mudah ditemui sebaik melangkah masuk ke Taman Bandar TRX. Melihatkan gambaran yang tersebar sebelum ini, Chapree merasakan Apple Store TRX di depan matanya lebih kecil dari jangkaan. Tetapi jangan silap, ia masih sebuah bangunan yang besar.



Tiada ruang mengintai

Jika mahu melihat bahagian dalaman, sayangnya tidak ada ruang dan lubang untuk mengintai. Setiap dinding telah ditutup sepenuhnya, termasuk ruang kecil antara dinding dan pintu.

Papan tanda Apple yang tular sebelum ini juga diselimut dengan jayanya. Tidak dapat dilihat langsung. Satu yang pasti adalah lokasi video tular sebelum ini, seperti di bawah ini.

Bila Apple Store TRX akan dibuka?

Apple masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi tentang Apple Store TRX, mahupun kedai pertama mereka di Malaysia. Pernah sebelum ini Apple Malaysia mengiklankan pekerjaan di kedai tetapi tempatnya di merata-rata sekitar Malaysia.

Berita paling kuat adalah laporan Mark Gurman dari Bloomberg yang menyebut, Apple merancang untuk membuka Apple Store TRX sekitar bulan Februari 2024. Jika perkara ini benar, maka kita akan dapat melihatnya dengan jelas dalam masa beberapa bulan lagi.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Lagi bukti jelas Apple Store pertama Malaysia di TRX
  • Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada Februari 2024
  • Lowongan kerja, petanda terbesar Apple Store akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi
Tags: appleApple StoreApple Store TRXThe ExchangeTRX
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Apple Store TRX: Ini rupa kedai pertama Apple di Malaysia lebih dekat dan jelas

Apple Store TRX: Ini rupa kedai pertama Apple di Malaysia lebih dekat dan jelas

30 November 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional

EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional

12 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER