• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga iQoo 12 di Malaysia lebih murah daripada iQoo 11?

  • OLEH Najib
  • 5:57 pm
  • 01/12/2023
  • Komen
Telefon Snapdragon 8 Gen 3 pertama dilancar di Malaysia adalah iQoo 12?
Share on FacebookShare on Twitter

iQoo adalah jenama di bawah Vivo yang memfokuskan pada peranti khas gaming. Tidak lama lagi, iQoo Malaysia mahu melancarkan telefon pintar flagship terbaru, iQoo 12. Mereka sangat yakin bahawa iQoo 12 akan menjadi telefon berkuasa Snapdragon 8 Gen 3 pertama dilancar di Malaysia.

Tarikh pelancaran iQoo 12 di Malaysia telah ditetapkan pada 6 Disember 2023. Sudah pasti, harga dan promosi pelancaran akan diumumkan pada tarikh tersebut. Tetapi mungkin ada yang tidak sedar tentang tarikh pelancaran ini dan tanpa sengaja membocorkannya banyak rahsia lebih awal.



Harga dan Promosi iQoo 12

Dalam perkongsian di Facebook oleh Shopee Malaysia, terdapat gambar tentang promosi 12.12 yang akan dijalankan oleh iQoo Malaysia. Dalam gambar tersebut, terdapat tiga telefon pintar ditayangkan iaitu iQoo Z7, iQoo Z7x dan juga iQoo 12 yang belum dilancar lagi.

Tambah menarik, gambar tersebut turut menyatakan harga rasmi dan harga promosi iQoo 12 kelak iaitu:



  • iQoo 12 (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM3,399 RM2,919
Shopee bocorkan harga iQoo 12

Nota kaki kecil di bawah gambar tersebut menyatakan, harga promosi ini diperoleh selepas ditolak baucar pulangan tunai 10% serta baucar kedai. Tertakluk kepada terma dan syarat, serta selagi stok masih ada.

Jika benar harga ini, bermakna harga iQoo 12 lebih murah berbanding iQoo 11 sewaktu dilancar tahun lepas. Malah ia ada storan lebih besar 512GB, walaupun RAM masih sama 16GB.

Pautan pada status Facebook itu juga membawa ke Stor Rasmi iQoo di Shopee. Pembeli iQoo 12 di Shopee akan turut menerima ganjaran ekslusif seperti pelan ansuran 0%, keutamaan penghantaran, asli 100% serta jaminan lanjutan tahun ke-2.

Memang menarik tawaran iQoo 12 ini. Apatah lagi kalau dapat dibeli di bawah RM3,000.

Spesifikasi iQoo 12

Menjadikan prestasi tertinggi di iQoo 12 adalah penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 3, pertama seumpamanya akan tiba di Malaysia. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5X sebanyak 16GB, dan boleh digandakan secara maya berjumlah 32GB. Tiada masalah ruang storan diambil menjadi RAM maya kerana storan dalamannya sangat besar, 512GB jenis UFS 4.0 yang super pantas.

iQoo mengekalkan penggunaan skrin super tajam dan pantas pada iQoo 12. Paparannya jenis AMOLED LTPO seluas 6.78-inci, dengan kadar penyegaran serendah 1Hz sehingga 144Hz. Resolusi juga tinggi 2800×1260, dengan kecerahan boleh mencecah 3,000nits. Pengimbas capjari ada dalam skrin.

Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 16MP. Di belakang, ia ada tiga kamera iaitu kamera utama 50MP OIS, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 64MP. Ia turut disertakan kemampuan zum 100x.

Bateri di dalam iQoo 12 berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas FlashCharge 120W. Kepala pengecas dan kabel 120W turut disertakan di dalam kotak.

Walaupun dikatakan telefon gaming, iQoo 12 tiada butang bahu seperti ROG Phone 7 atau RedMagic 8S Pro. Sistem bunyi stereonya dihasilkan menerusi dua pembesar suara yang menembak ke tepi. Ia juga diiktiraf kalis percikan air IP64.

iQoo ada menyatakan bahawa iQoo 12 dijamin akan menerima kemaskini keselamatan selama 4 tahun dan kemaskini OS sebanyak 3x. Telefon ini juga dihasilkan bebas bloatware, iaitu tiada aplikasi tambahan yang tidak penting, siap dipasang di dalamnya.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Telefon Snapdragon 8 Gen 3 pertama dilancar di Malaysia adalah iQoo 12?
  • iQoo 11 tiba dengan prestasi tertinggi di Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5X dan UFS 4.0
  • iQoo Z7 dan iQoo Z7x akan dilancar di Malaysia pada 10 April, pengecas terkuat dalam kelas harganya
Tags: iQooiqoo 12
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Telefon Snapdragon 8 Gen 3 pertama dilancar di Malaysia adalah iQoo 12?

Harga iQoo 12 di Malaysia lebih murah daripada iQoo 11?

1 December 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER