• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Nitro V15 diperkenal dengan Core i5 dan Geforce RTX pada harga sekitar RM3,000

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:10 am
  • 05/12/2023
  • Komen
Acer Nitro V15 diperkenal dengan Core i5 dan Geforce RTX pada harga sekitar RM3,000
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia telah memperkenalkan laptop gaming terbaru mereka, iaitu Acer Nitro V15. Ia menampilkan CPU Intel Core generasi ke-13 dan menggunakan GPU NVIDIA , dan disertakan pelbagai hadiah menarik untuk pembeli sempena pelancarannya. Malah, Acer turut mengambil peluang untuk melancarkan barisan beg bagasi terbaru mereka.

Harga dan promosi Acer Nitro V 15

Acer Nitro V 15 kini telah tersedia dijual di Malaysia dan datang bersama waranti selama dua tahun. Ia ditawarkan dalam dua varian GPU, dan harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Acer Nitro V 15 (i5-13420H, RTX 2050 4GB GDDR6) – RM3,099
  • Acer Nitro V 15 (i5-13420H, RTX 4050 6GB GDDR6) – RM3,899

Sempena pelancarannya, Acer juga mengadakan promosi menarik di mana untuk pembelian sebelum 31 Disember 2023, pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM637. Ia termasuk beg galas, tetikus wayarles Logitech, 3 tahun langganan keselamatan internet Trend Micro dan juga kredit Touch n’ Go eWallet RM80.

Lebih menarik, pelanggan juga boleh menyertai kuiz dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang lebih banyak bernilai sehingga RM50,000 dalam ‘Holiday Giveaway‘.



Jika anda berminat untuk mendapatkan Acer Nitro V 15, pembelian boleh dibuat di semua stor konsep Acer di seluruh negara, stor atas talian Acer dan gedung rasmi Acer di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Acer Nitro V 15

Berada dalam siri Nitro, Acer Nitro V 15 adalah sebuah laptop gaming mampu milik. Ia sememangnya tampak seperti sebuah laptop gaming, tapi dengan rekaan yang tidak terlalu menonjol. Erti kata lain anda boleh gunakannya di luar tanpa kelihatan pelik.

Dari segi paparan, ia menggunakan panel IPS seluas 15.6-inci dengan nisbah 16:9 pada resolusi HD Penuh (1920×1080). Ia juga menyokong kadar penyegaran 144Hz dan tindak balas skrin 3ms, serta memiliki cakupan warna gamut NTSC seluas 45%. Papan kekuncinya berlampu berwarna putih, dengan pad sentuh Acer yang lebih ke kiri.

Laptop ini kuasanya digerakkan oleh CPU Intel Core i5-13420H generasi ke-13 bersama GPU dari NVIDIA Geforce sama ada RTX 2050 4GB GDDR6 ataupun RTX 4050 6GB GDDR6. Bersama itu, Acer menggandingkannya dengan RAM 8GB DDR5 berkelajuan 5600MHz dan storan SSD PCIe 512GB. RAM boleh dipasang sehingga 32GB jika perlu.

Bateri Nitro V 15 dilengkapkan dengan tangki 57Wh, yang mampu menyokong pengecasan kuasa maksimum pada 135W. Masa penggunaannya didakwa oleh Acer mampu bertahan sehingga 8 jam. Untuk mengecas, ia boleh dilakukan melalui pengecas AC khas.

Menyejukkan laptop adalah dari dua buah kipas yang ia lengkapi, dengan udara yang dikeluarkan ke sisi. Sementara itu, sistem bunyi laptop ini dihasilkan melalui speaker stereo dengan sokongan DTS X: Ultra Audio.

Untuk sambungan port fizikal, laptop ini memiliki satu port USB-C 3.2 Gen 2, tiga port USB-A 3.2 Gen 1, satu HDMI dan juga satu port Ethernet RJ45. Sambungan tanpa wayar pula menyokong Bluetooth 5.1, dan WiFi 6 (802.11ax).

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman produk Acer Nitro V 15.

Tags: AcerAcer MelbourneAcer Nitro V15Beg bagasi Predator
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Nitro V15 diperkenal dengan Core i5 dan Geforce RTX pada harga sekitar RM3,000

Acer Nitro V15 diperkenal dengan Core i5 dan Geforce RTX pada harga sekitar RM3,000

5 December 2023
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN