• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo 12: Snapdragon 8 Gen 3 pada harga paling murah di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:40 pm
  • 06/12/2023
  • Komen
iQoo 12: Snapdragon 8 Gen 3 pada harga paling murah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon dengan Snapdragon 8 Gen 3 pertama di Malaysia sudah tiba. Gelaran itu diterima oleh iQoo 12 yang dikeluarkan oleh subjenama kepada Vivo. Ini adalah sekuel kepada iQoo 11 yang dilancarkan pengeluar itu dalam pasaran kita dalam bulan Disember 2022 lalu.

iQoo 12
iQoo 12

Harga iQoo 12 di Malaysia

iQoo 12 ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM3,399. Hanya satu varian ditawarkan untuk pasaran kita iaitu RAM 16GB beserta storan 512GB.



iQoo 12
iQoo 12

Tempahan dibuka bermula 11 Disember 2023 dan penempah awal akan terima rebat RM50 untuk jadikan harga telefon RM3,349. iQoo turut berikan hadiah percuma bernilai RM777 yang merangkumi iQoo TWS Air2, jaminan tambahan 1 tahun, jaminan daripada skrin retak selama 1 tahun.

iQoo 12
iQoo 12

Buat yang berminat boleh dapatkannya melalui platform dalam talian seperti Lazada, Shopee, TikTok Shop, e-Store, dan kedai konsep Vivo di seluruh Malaysia. Ada juga promo 12.12 yang berikan baucar sehingga 10% bila anda beli daripada mana-mana saluran yang menjualnya.



iQoo 12
iQoo 12

Spesifikasi iQoo 12

Seperti maklumat yang terbocor daripada Shopee minggu sudah, iQoo 12 mempunyai tanda harga rasmi RM3,399. Dalam tempoh terhad, ia dijual pada harga RM2,919. Harga jualan ini lebih murahd aripada iQoo 11 tahun lepas yang dijuap pada harga RM3,499.

iQoo 12
iQoo 12

Saiz dan spesifikasi teknikal panel paparan iQoo 12 sama sahaja dengan iQoo 11. Mungkin itu sebabnya mereka boleh hasilkan iterasi baharu dengan patnas. iQoo 12 ada panel 6.78” jenis AMOLED beresolusi WQHD+ (3200 x 1440). Kadar segar semula yang dimilikinya adalah sehingga 144Hz.

iQoo 12
iQoo 12

Atas papan utama, Snapdragon 8 Gen 3 menjadi tunjang kepada iQoo 12 bersama-sama RAM 16GB. Fungsi RAM maya turut hadir kalau-kalau 16GB tidak dapat memenuhi keperluan anda. Modul storan UFS4.0 digunakan pada iQoo 12 dengan ruang penyimpanan seluas 512GB disediakan.

iQoo 12
iQoo 12

Selain cip pemproses, bahagian yang nyata ditambah baik adalah kamera. iQoo 12 dilengkapi tiga kamera belakang dengan kombinasi kamera 50MP (utama), 50MP (ultralebar), dan 64MP (telefoto). Ia naik taraf daripada iQoo 11 yang ada kamera 16MP (ultralebar) dan 8MP (telefoto).

iQoo 12
iQoo 12

Kamera selfie pula kekal pada 16MP.

iQoo 12 menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14 dan dimaklumkan bahawa pengeluarnya menjanjikan kemas kini Android sebanyak 3 generasi sementara kemas kini keselamatan akan disalurkan selama 4 tahun. Telefon ini juga dilihat bebas bloatware.

iQoo 12
iQoo 12

Membekalkan tenaga kepada segala macam komponen elektronik telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh, juga sama seperti generasi sebelum ini. Sistem pengecasan pantas kekal pada 120W dan mengisi penuh telefon ini daripada 0 mengambil masa dalam masa 25 minit sahaja.

Bacaan berkaitan

iQoo Z7 perkenal warna buah oren untuk Malaysia, hadiah bernilai RM15,000 menanti

iQoo Neo 8 & iQoo Neo 8 Pro dilancar di China, menampilkan cip terbaru Dimensity

iQoo Z7 & iQoo Z7x: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tags: androidiQooiqoo 12mobiletelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iQoo 12: Snapdragon 8 Gen 3 pada harga paling murah di Malaysia

iQoo 12: Snapdragon 8 Gen 3 pada harga paling murah di Malaysia

6 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER