• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo Z7 perkenal warna buah oren untuk Malaysia, hadiah bernilai RM15,000 menanti

  • OLEH Najib
  • 12:29 pm
  • 22/08/2023
  • Komen
iQoo Z7 perkenal warna buah oren untuk Malaysia, hadiah bernilai RM15,000 menanti
Share on FacebookShare on Twitter

Memperkenal warna baru untuk model sedia ada nampaknya sudah menjadi trend untuk pengeluar peranti. iQoo, jenama telefon gaming yang popular turut menyertai trend ini apabila mengumumkan ketibaan warna Supernova Orange untuk iQoo Z7.

iQoo Z7 telah dilancar di Malaysia pada bulan April, dengan pilihan warna biru dan kelabu. Terdapat dua varian iQoo Z7 diumum sewaktu pelancaran tersebut, berharga RM1,299 (8+128GB) dan RM1,499 (12+256GB).



Semakan di Stor Rasmi iQoo di Lazada dan Shopee menunjukkan, warna oren yang baru ini hanya terdapat untuk varian 256GB sahaja. Tetapi harganya serupa iaitu RM1,499. ia juga boleh dibeli sekarang.

Hari Pengalaman iQoo

Acara istimewa ini akan diadakan pada hari Sabtu, 2 September 2023 di kedai konsep Vivo di Pavilion KL, bermula pukul 10 pagi. Pada acara ini, orang ramai boleh melihat sendiri dengan lebih dekat warna baru Supernova Orange di iQoo Z7.



Sebagai bonus, pembeli pada acara ini berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menyediakan hadiah berjumlah RM15,000. Antara hadiah tersebut adalah telefon iQoo Z7, kredit Touch n Go eWallet, fon putik TWS dan produk AIOT. Jika anda mahu membeli iQoo Z7, anda harus melawat Pavilion KL pada 2 September nanti.

Spesifikasi iQoo Z7

Telefon pintar iQoo Z7 dikuasakan cip Snapdragon 782G 6nm dan menyokong rangkaian 5G. Ia datang bersama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB. Bagaimanapun skrinnya masih jenis LCD, berukuran 6.64-inci HD Penuh, serta kadar penyegaran 120hz. Pengimbas capjari ada di sisi, di dalam butang kuasa.

Lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 16MP F2.45. Di belakang, terdapat dua kamera iaitu kamera utama 64MP F1.79 dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera ini dilengkapi penstabil imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS).

Tarikan utama di iQoo Z7 adalah pengecasan pantas USB-C 120W. iQoo menyatakan, ini adalah telefon termurah dengan kuasa pengecas sebegini. Ia boleh mengecas bateri 5,000mAh di dalam iQoo Z7, dari 1% ke 50% dalam masa 9 minit sahaja.

Sistem bunyi telefon ini adalah stereo, dengan speaker terletak di atas dan bawah telefon. Terdapat juga jek audio 3.5mm jika mahu menyambung fon kepala berwayar.

iQoo Z7 menjalankan sistem oeprasi Funtouch OS 13, berasaskan Android 13. Bagaimanapun, iQoo tidak menyatakan sebarang jaminan kemaskini untuk telefon ini.

Bacaan Berkaitan

  • iQoo Z7 & iQoo Z7x: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • iQoo Neo 8 & iQoo Neo 8 Pro dilancar di China, menampilkan cip terbaru Dimensity
  • iQoo 11 tiba dengan prestasi tertinggi di Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5X dan UFS 4.0
Tags: iQooiQoo Z7mobile
Najib

Najib

POPULAR

iQoo Z7 perkenal warna buah oren untuk Malaysia, hadiah bernilai RM15,000 menanti

iQoo Z7 perkenal warna buah oren untuk Malaysia, hadiah bernilai RM15,000 menanti

22 August 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN