• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi perkenal prabayar baru tanpa had dari RM25

  • OLEH Najib
  • 11:24 am
  • 07/12/2023
  • Komen
CelcomDigi perkenal prabayar baru tanpa had dari RM25
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi sebelum ini telah memperbaharui tawaran pascabayar mereka dengan menggabungkan pelan Celcom dan Digi kepada satu. Tetapi dalam pengumuman terbaru ini, mereka masih mengasingkan pelan prabayar Digi dan Xpax. Pendek kata, pengguna prabayar Celcom dan Digi masih tidak dapat menikmati kemudahan bersambung kepada kedua-dua rangkaian, walau sudah setahun syarikat bergabung.

Walaupun begitu, tawaran prabayar baru CelcomDigi membawa keistimewaan sendiri. Ia bukan sahaja sangat mampu milik, malah diberi kuota data yang lumayan besarnya. Tetapi sambungan kepada 5G masih dianaktirikan, kerana ada caj berlainan untuknya.



Pelan Digi Prepaid Next 25

Hanya RM25/bulan tanpa cukai 6%, pelan baru Digi ini menyediakan 20GB data internet 4G berkelajuan tinggi selama 30 hari. Tetapi khas untuk pengguna yang melanggan pembaharuan automatik (auto-renewal), mereka akan diberi ganjaran berupa data aplikasi sosial (Tik Tok, Instagram, Facebook, X) tanpa had, serta tambahan data hotspot 1GB. Mungkin sedikit menarik, pelan ini turut memberi panggilan tanpa had, tetapi ke rangkaian Digi sahaja, tidak termasuk Celcom.

Pelan XPAX Prepaid Unlimited 25

Berbeza pula dengan tawaran Celcom, pelan berharga RM25 ini memberikan data 4G berkelajuan tinggi sebanyak 15GB sahaja. Tetapi ia turut hadir bersama data tanpa had berkelajuan 1Mbps, dengan FUP 60GB dan selepas itu, disekat kepada 64Kbps pula. Sama seperti pelan Digi tadi, panggilan tanpa had turut ada tetapi ke rangkaian Celcom sahaja.



Bayar sikit untuk sambungan 5G disekat 100Mbps

Jika pengguna pelan RM25 di Celcom dan Digi ingin bersambung ke 5G, mereka boleh berbuat demikian dengan 5G Booster. Ia bukan sahaja menyediakan kelajuan lebih tinggi ke rangkaian 5G, malah datang bersama data tambahan.

5G Booster ditawarkan seperti berikut:

  • RM3 3GB – 1 hari
  • RM6 9GB – 3 hari
  • RM12 20GB – 7 hari
  • RM5 10GB – mengikut tempoh sah Pas Internet

Jika anda melanggan pelan Digi Prepaid Next 25 dan menambah RM5 5G Booster, anda boleh bersambung ke 5G selama 30 hari dengan kuota data sebanyak 30GB. Untuk pelanggan pelan XPAX Prepaid Unlimited 25 dan menambah RM5 5G Booster, dapat data sebanyak 25GB.

Tetapi perlu diambil perhatian. FAQ ada menyatakan, kelajuan untuk 5G Booster disekat kepada 100Mbps sahaja. Tidak boleh menikmati kelajuan penuh 5G yang boleh mencecah 1Gbps. Perkara ini tidak mengejutkan, kerana CelcomDigi mengenakan sekatan yang hampir serupa untuk pelan pascabayar baru. Langgan pelan lebih mahal, baru dapat kelajuan 5G lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, boleh layari laman web Prabayar Digi, Prabayar Xpax dan 5G Booster.

Bacaan Berkaitan

  • CelcomDigi lancar pascabayar 5G baharu, percuma fiber 300Mbps
  • CelcomDigi Postpaid 5G 260 tawar 5G tanpa had dan jalur lebar 300Mbps dalam satu pelan
  • CelcomDigi 5G tawar Internet “tanpa had” RM99/bulan sahaja
  • CelcomDigi perkenal logo baharu selepas hampir setahun bergabung
Tags: 5g malaysiacelcomCelcomDigidigiprabayar
Najib

Najib

POPULAR

CelcomDigi perkenal prabayar baru tanpa had dari RM25

CelcomDigi perkenal prabayar baru tanpa had dari RM25

7 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER