• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ambank kini sokong Google Pay, ini cara untuk tambahnya

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:16 pm
  • 13/12/2023
  • Komen
Ambank kini sokong Google Pay, ini cara untuk tambahnya
Share on FacebookShare on Twitter

AmBank Malaysia telah mengumumkan kad mereka kini mula menyokong pembayaran melalui Google Pay. Ia boleh ditambah ke dalam Google Wallet, bermakna pelanggan Ambank boleh memanfaatkan pembayaran tanpa tunai menggunakan peranti yang memiliki NFC.

Berdasarkan tinjauan di laman FAQ Ambank, bukan semua kad AmBank menerima sokongan Google Pay. AmBank menyatakan ia disokong oleh semua kad kredit AmBank dan AmBank Islamic, kecuali untuk kad kredit AmBank UnionPay dan kad debit Mastercard. Ini sama seperti kad AmBank yang boleh digunakan untuk Apple Pay.



Kad kredit yang sama turut boleh ditambah sehingga ke 10 peranti, dan sepatutnya diaktifkan serta-merta selepas kad dimasukkan ke dalam Google Wallet. Tetapi AmBank memaklumkan kadangkala ia boleh mengambil masa sehingga 10 minit untuk kad diaktifkan.

Sementara itu, untuk kad tambahan, ia perlu ditambah berasingan dari kad utama. Perlu diingatkan juga bahawa imej kad kredit yang dipaparkan mungkin tidak sentiasa sama seperti kad fizikal, jadi anda tidak perlu risau asalkan ia memaparkan logo AmBank, rangkaian kad Visa atau Mastercard, dan empat nombor digit terakhir yang betul di imej kad.



Dengan ini, AmBank menjadi bank tempatan keenam yang menyokong Google Pay selepas CIMB, Hong Leong, HSBC, Public Bank dan juga Standard Chartered, dengan baru-baru ini sokongan dikembangkan untuk Wise.

Cara untuk tambah kad kredit AmBank di Google Wallet

Cara untuk menambah kad AmBank ke dalam Google Wallet boleh dilakukan dengan sangat mudah. Anda perlu buka aplikasi Google Wallet, kemudian tekan ‘Add to Wallet’ dan ikut sahaja arahan yang tertera. Lalu sahkan kad kredit anda kemudian selesai.

Pastikan juga anda menggunakan peranti yang mempunyai NFC dan telah mengaktifkan NFC terlebih dahulu di tetapan bagi membolehkan pembayaran dibuat.

[Sumber: AmBank]

  • Kad Wise Malaysia kini disokong di Apple Pay dan Google Pay, ini cara menambahnya
  • Kad bank mana boleh guna Google Pay, Apple Pay dan Samsung Pay di Malaysia? Ini adalah senarainya
  • Google Pay kini di Malaysia, sertai Apple Pay dan Samsung Pay dalam arena pembayaran tanpa sentuh guna telefon
Tags: Ambankgoogle pay
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ambank kini sokong Google Pay, ini cara untuk tambahnya

Ambank kini sokong Google Pay, ini cara untuk tambahnya

13 December 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN