• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon murah mana lebih bagus, Realme C53, Infinix Hot 30 atau Redmi 12?

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:23 pm
  • 13/12/2023
  • Komen
Telefon murah mana lebih bagus, Realme C53, Infinix Hot 30 atau Redmi 12?
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi yang mencari telefon pintar mampu milik bawah RM600, anda peroleh banyak pilihan dari jenama terkemuka. Di YouTube, kami ada terima komen yang tanya antara Realme C53, Infinix Hot 30 dan Redmi 12, mana lebih baik? Harga ketiga-tiga telefon tadi sama sahaja semua, malah spesifikasi pun hampir serupa. Ada ke yang lebih bagus? Mestilah ada, dalam artikel ini saya nak terangkan.

Dari segi harga, kesemua telefon ini bermula pada harga RM599 dengan Hot 30 ada RAM 8GB dan storan 128GB, Realme C53 datang dengan RAM 6GB dan storan 128GB, manakala Redmi 12 pula ada RAM 4GB dan storan 128GB. Tapi Realme C53 dan Redmi 12 tersedia dalam konfigurasi lebih besar RAM 8GB dan storan 256GB pada harga tambah RM100, iaitu RM669.



Rdmi 12
Realme C53

Untuk spesifikasi, ketiga-tiga telefon ini banyak berkongsi ciri yang sama. Semuanya menggunakan panel skrin IPS LCD pada resolusi HD Penuh dengan kadar penyegaran 90Hz. Cip yang digunakan turut ada prestasi yang hampir sama, di mana Hot 30 dan Redmi 12 menggunakan MediaTek Helio G88, Realme C53 pula diperkasa cip yang sedikit perlahan iaitu Unisoc T612. Penggunaan cip tadi juga menunjukkan semua telefon tidak sokong 5G, hanya 4G sahaja.

Infinix Hot 30

Namun, walaupun panel paparan sama, rekaan setiap paparan adalah berbeza. Infinix Hot 30 dan Redmi 12 menggunakan lubang untuk menempatkan kamera hadapan, tapi Realme C53 diletakkan takuk U. Kamera jenis lubang ini nampak lebih bersih dan cantik, tapi takuk U di Realme C53 ada sesuatu fungsi unik iaitu Dynamic Island versi Realme yang dipanggil Mini Capsule. Jadi Realme C53 ada kelebihan untuk paparkan maklumat terus dekat kamera hadapan, macam status pengecasan, kiraan langkah dan penggunaan data.



Mini Capsule Realme C53

Di bahagian pengimejan, Redmi 12 benar-benar menyerlah antara telefon lain kerana hadir dengan tiga kamera, iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Sementara itu, Realme C53 dan Hot 30 hanya ada dua modul dengan kamera utama 50MP dan satu lagi kamera depth. Jadi dengan Redmi 12, anda tidak perlu ke belakang kalau nak muatkan semua orang dalam gambar sebab ada kamera ultra lebar.

Realme C53
Infinix Hot 30
Redmi 12

Tambahan pula, Redmi 12 hadir dengan pengiktirafan kalis percikan air dan debu IP53, manakala yang lain tidak dinyatakan. Tapi kekurangannya ia ada speaker mono, yang mana sama bagi Realme C53. Hanya Infinix Hot 30 sahaja yang ada speaker stereo. 

Redmi 12

Oleh itu, pada pendapat saya, walaupun Redmi 12 ada RAM paling kecil pada harga RM599, ia ada adalah pilihan yang terbaik kerana sistem pengimejannya hadir dengan kamera ultra lebar yang sangat berguna.

Ia juga kalis percikan air dan debu IP53, guna lubang kamera hadapan yang nampak cantik dan guna cip Helio G88 dan bukannya Unisoc. Kalau nak RAM dan storan lebih besar pun tersedia, hanya kena tambah RM100 sahaja.

Tags: Infinix Hot 30Realme C53Redmi 12
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Telefon murah mana lebih bagus, Realme C53, Infinix Hot 30 atau Redmi 12?

Telefon murah mana lebih bagus, Realme C53, Infinix Hot 30 atau Redmi 12?

13 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER