• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bekas pengecas AirPods Pro USB-C kini dijual pada harga RM449

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:51 pm
  • 14/12/2023
  • Komen
Bekas pengecas AirPods Pro USB-C kini dijual pada harga RM449
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu pelancaran barisan iPhone 15, Apple turut memperkenalkan kemaskini AirPods Pro dengan port USB-C. Tetapi bagi pengguna sedia ada AirPods Pro generasi ke-2 dengan port Lightning, satu-satunya cara untuk anda beralih ke USB-C adalah membeli yang baharu pada harga RM1,099. Berita baiknya, sekarang anda tidak perlu lagi kerana Apple telah menyediakan pilihan untuk dapatkan bekas pengecas AirPods Pro dengan port USB-C sahaja.

Laman web rasmi Apple Malaysia didapati sudah mula menjual bekas pengecas AirPods Pro dengan USB-C, tetapi dengan harga yang sudah semestinya tidak murah. Harganya di Malaysia diletakkan pada RM449, yang mana agak mahal untuk sebuah bekas pengecas sahaja. Tetapi ini masih jauh lebih murah, iaitu kurang separuh dari harga set lengkap AirPods generasi ke-2.



Di samping menggunakan port USB-C, bekas pengecas ini sama sahaja dengan bekas pengecas asal Lightning. Tetapi ia telah dinaik taraf untuk ada kalis percikan air dan debu IP54 berbanding IPX4 pada bekas pengecas lama. Masa penggunaan yang diberikan bekas pengecas USB-C ini adalah sehingga 30 jam, dengan pengecasan 5 minit mampu berikan masa penggunaan satu jam pada AirPods Pro.

Selain itu, ia juga masih ada gelung untuk lanyard serta ia menggunakan cip U1 yang sama membolehkan pengguna untuk menggunakan fungsi “Precision Finding” bagi mengenalpasti lokasi bekas pengecas. Dalam masa sama, jika anda membeli bekas pengecas AirPods Pro USB-C ini, ia akan datang sekali dengan kabel USB-C di dalam kotak.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bekas pengecas AirPods Pro USB-C ataupun nak membuat pembelian, anda boleh layari laman web Apple di sini.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • AirPods Pro generasi ke-2 USB-C: Harga jualannya di Malaysia
  • AirPods Pro 2 kini hadir dengan port USB-C, bersama fitur Adaptive Audio baru
  • AirPods Pro 2 dikhabarkan sokong Lossless audio, tapi ini masalahnya
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Bekas pengecas AirPods Pro USB-C kini dijual pada harga RM449

Bekas pengecas AirPods Pro USB-C kini dijual pada harga RM449

14 December 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN