• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SAVE 4.0: Rebat sehingga RM400 beli peti sejuk dan penyaman udara cekap tenaga

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:07 pm
  • 14/12/2023
  • Komen
231214 Save 4.0
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi program Kelestarian Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) 4.0, anda layak menerima rebat sehingga RM400 bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga (RM200 untuk peti sejuk dan RM200 untuk penyaman udara). Program anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli itu merupakan kesinambungan daripada Save 3.0 yang dilancarkan pada tahun 2022.

Pemberian rebat oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, sebuah agensi di bawah kerajaan Malaysia, adalah untuk pembelian peralatan dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga.



Program SAVE 4.0 telah dilancarkan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di tapak reruai NRECC di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium Bukit Jalil hari ini.

YBrs. Dr Ching Thoo, Ketua Setiausaha NRECC… pic.twitter.com/3D9bsPBB6h

— SEDA Malaysia (@SEDAMalaysia) December 10, 2023

Bagi program Save 4.0, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif di bawah Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik.

Daripada laman web rasmi Save 4.0, objektif program adalah untuk:



  • Meningkatkan jumlah peralatan elektrik cekap tenaga 5 bintang dan 4 bintang di pasaran
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakan pembelian peralatan cekap tenaga yang menjimatkan penggunaan elektrik 

Individu layak untuk rebat Save 4.0

Menurut SEDA, program Save 4.0 itu akan memberi manfaat kepada 250,000 isi rumah di seluruh Malaysia. Pemohon yang berminat boleh memohon rebat antara Disember 2023 dan Disember 2024.

Untuk melayakkan diri mendapat rebat ini, pemohon mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna / Pemilik Akaun Elektrik Berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd.
  • Membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan label 4 atau 5 bintang antara Disember 2023 hingga Disember 2024
  • Satu (1) akaun utiliti hanya layak memohon satu (1) e-rebat untuk setiap peralatan elektrik yang dinyatakan & adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat
231214 Save 4.0

Tebus rebat Save 4.0

Anda boleh menebus Save 4.0 melalui beberapa saluran seperti kedai fizikal yang berdaftar dengan SEDA, ataupun secara dalam talian di platform Lazada, Shopee, YouBeli ataupun PG Mall. 

Tebus di Lazada

231214 Save 4.0

Tebus di Shopee

231214 Save 4.0

Anda boleh menyemak peruncit yang mengambil bahagian melalui pautan berikut:

  • Senarai rasmi peruncit 
  • Lazada
  • YouBeli
  • PG Mall

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Save 4.0.

[Sumber: SEDA]

Bacaan berkaitan:

  • SAVE 3.0: Kerajaan tawar baucar sehingga RM400 beli alat kelengkapan rumah, ini cara untuk tebusnya di Lazada dan Shopee
  • Save 2.0: Ini cara untuk tebus e-Rebat RM200 bila anda beli kelengkapan rumah di Shopee
Tags: Lazadaperalatan elektrik cekap tenagaSAVESave 4.0sedaShopee
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231214 Save 4.0

SAVE 4.0: Rebat sehingga RM400 beli peti sejuk dan penyaman udara cekap tenaga

14 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER