Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Save 2.0: Ini cara untuk tebus e-Rebat RM200 bila anda beli kelengkapan rumah di Shopee

Save 2.0 ialah satu program yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021. Menerus program tersebut, sebanyak RM200 akan diberikan kepada rakyat Malaysia bila mereka beli kelengkapan rumah yang cekap tenaga.

https://www.soyacincau.com/2020/11/06/budget-2021-program-save-2-0-aircon-fridge-malaysia-erebate/

Program yang digerakkan oleh Penguatkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SETA) ini menerima kerjasama daripada Shopee sebagai salah satu saluran untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang katanya memanfaatkan kira-kira 140,000 isi rumah di Malaysia.

Syarat melayakkan anda menerima e- Rebat Save 2.0

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemilik akaun berdaftar di syarikat utility elektrik TNB, SESB, dan SEB.
  3. Rebat hanya boleh dipakai untuk beli penyamaan udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada 2021
  4. 1 akaun bil, 1 e-Rebat, dan first come, first serve basis.

Perlu diignatkan yang program ini terima peruntukan sebanyak RM30 juta daripada kerjaan untuk edarkan e-rebat sebanyak RM200. Kalau anda kira, RM30 juta boleh keluarkan 150 ribu e-rebat tapi menurut kerajaan, hanya 140 ribu e-rebat diedarkan.

Cara tebus e-Rebate Save 2.0

Anda hanya boleh buat permohonan untuk dapatkan e-Rebate Save 2.0 ini melalui APP Shopee sama ada di Android ataupun iOS. Kalau anda aksesnya melalui pelayar web sekalipun, ia akan suruh anda scan QR kod berikut.

Bila anda dah imbas QR kod tersebut, ia akan bawa anda ke borang berikut.

Maklumat yang diperlukan adalah seperti:

  • Nombor bil elektrik
  • Nombor MyKad pemegang akaun
  • Nama penuh pemegang akaun
  • Hubungan antara pemilik akaun Shopee dengan pemegang akaun utiliti

Cara semak pendingin hawa dan peti sejuk yang layak

Salah satu syarat untuk guna e-Rebat Save 2.0 adalah anda perlulah beli pendingin hawa ataupun peti sejuk yang menerima penarafan sekurang-kurangnya 4 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga.

BACA  Exynos 2100 diuji lebih cekap tenaga berbanding Snapdragon 888, tapi netizen tak puas hati

Untuk semak model yang ada penawaran tersebut, boleh pergi ke laman rasmi Suruhanjaya Tenaga dan gunakan portal carian untuk lakukannya.

Layari laman rasmi program untuk maklumat lanjut.