• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Epson lancar 4 projektor laser ultra pintar, sesuai untuk rumah, gaming & pejabat

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:02 pm
  • 15/12/2023
  • Komen
231215 Epson Projektor
Share on FacebookShare on Twitter

Epson Malaysia memperkenalkan 4 projektor baharu yang direka untuk rumah, pejabat dan juga bermain permainan video bagi pasaran Malaysia, iaitu EpiqVision Ultra EH-LS800B, Home Theater  EH-TW6250, CO-FH01 dan Epson EB-810E.

Ketua Pemasaran & Jualan Epson Malaysia, Hanson Ong

Menurut Ketua Pemasaran & Jualan Epson Malaysia, Hanson Ong, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Projektor Laser Ultra Pintar EpiqVision kepada pasaran Malaysia. Epson sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi teknologi dan projektor ini membukti komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian termaju hiburan di rumah.”



Epson EpiqVision Ultra EH-LS500B

Epson EpiqVision Ultra EH-LS500B, diberi gelaran projektor lontaran ultra-pendek terpendek di dunia, merupakan projektor yang direka untuk kegunaan di rumah. Ia boleh menayangkan visual sehingga 150 inci walaupun ditempatkan kurang daripada 1 meter dari dinding.

231215 Epson Projektor

Dengan 4K PRO-UHD, ia dapat menghasilkan paparan beresolusi tinggi. Malah dengan sumber cahaya laser dan teknologi 3-LCD, Epson mendakwa pengguna akan mendapat pengalaman menonton yang mengasyikkan kesan warna realistik dan kadar kecerahan sehingga 4,000 lumen.



Projektor yang turut dilengkapi dengan sistem pembesar suara 200W yang dibina di dalamnya, dijual pada tanda harga RM16,999.

Epson Home Theatre EH-TW6250

Untuk penggemar permainan video, Home Theater EH-TW6250 adalah pilihan dengan paparan kependaman 20ms dan sokongan HDR10 melalui port HDMI khusus. 

231215 Epson Projektor

Memberikan paparan beresolusi tinggi 4K, projektor yang dijual pada harga RM5,299 ini boleh menayang visual bersaiz sehingga 500 inci dengan kadar kecerahan sehingga 2,800 lumen. Ia juga dilengkapi dengan Android TV, pembesar suara 10W terbina dalam.

Epson CO-FH01

Direka sebagai model projektor mampu milik, ringan dan mudah alih yang sesuai untuk kegunaan di rumah dan pejabat. Dengan berat hanya 1.2kg, ia boleh menayangkan paparan sehingga 319 inci dengan resolusi 1080p.

231215 Epson Projektor

Projektor yang dijual pada harga RM2,519 ini boleh dihubungkan dengan dongle TV Android ELPAP12 yang membolehkan pengguna menstrim kandungan projektor dengan laptop atau telefon pintar dengan Android TV.

Epson EB-810E

Manakala untuk projektor Epson EB-810, ia memberikan paparan 4KE yang sesuai diletakkan pada mana-mana ruang bilik. Seperti EpiqVision Ultra EH-LS500B, EB-810 juga merupakan projektor lontaran ultra-pendek yang boleh memaparkan visual antara 80 hingga 160 inci.

231215 Epson Projektor

EB-810 yang dapat memberikan kesan warna realistik daripada sumber cahaya laser dan kadar kecerahan sehingga 5,000 lumen, hanya mula memasuki pasaran mulai Januari tahun hadapan.

Buat mereka yang sukakan visual tanpa sempadan, boleh menjadikan penggunaan projektor sebagai pilihan untuk diletakkan di rumah. Pilihan harganya pun ada yang mampu milik.

Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai projektor ini, anda boleh layari laman web Epson.

Tags: epsonEpson CO-FH01Epson EB-810EEpson EpiqVision Ultra EH-LS500BEpson Home Theatre EH-TW6250projektor Epsonprojektor laser
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231215 Epson Projektor

Epson lancar 4 projektor laser ultra pintar, sesuai untuk rumah, gaming & pejabat

15 December 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN