• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kad debit GXBank akan tersedia Januari 2024, tiada yuran dan dikecualikan caj ATM RM1

  • OLEH Najib
  • 11:08 am
  • 15/12/2023
  • Komen
GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Bank Digital pertama beroperasi di Malaysia, GXBank mengumumkan bahawa mereka kini telah berjaya mencapai 100,000 pelanggan. Perkara ini berjaya direkodkan selepas dua minggu pendaftaran awam dibuka kepada orang ramai.

Di samping mengumumkan pencapaian tersebut, GXBank turut mengemaskini laman web mereka dan menyatakan, kad debit GXBank akan tiba pada bulan Januari 2024. GXBank bekerjasama dengan Mastercard untuk kad debit ini. Malah rekaan yang dikongsi menunjukkan, nama dan nombor kad terletak di belakang kad fizikal.



Kad debit GXBank tersedia pada Januari 2024

Bagaimanapun, tidak dijelaskan sama ada kedua-dua kad fizikal dan kad maya, atau hanya salah satu kad akan tiba pada bulan Januari nanti. Tetapi ada disebut bahawa, kad maya boleh diaktifkan dan digunakan serta merta untuk transaksi atas talian.

Tarikan utama kad debit GXBank adalah tawaran pulangan tunai 1% tanpa had, untuk semua jenis pembayaran kecuali beberapa perkara seperti tambah nilai eWallet, insuran/takaful, perkhidmatan kerajaan, derma dan judi. Ia juga menguntungkan untuk pengguna Grab, kerana menawarkan 1.5x mata ganjaran GrabRewards jika berbelanja di Jaya Grocer. Selain itu, yuran RM1 di mesin ATM MEPS seluruh negara dikecualikan tetapi untuk masa terhad.



Yuran dan caj kad debit GXBank dikecualikan untuk masa terhad

Apabila tersedia kelak, GXBank mengawarkan kad fizikal ini secara percuma, serta yuran tahunan kad fizikal dikecualikan. Turut dinyatakan, penggantian kad juga dikecualikan dari sebarang bayaran. Tetapi tawaran ini untuk masa terhad, pastinya untuk menarik minat orang ramai mendaftar terlebih dahulu.

Selain pembayaran menggunakan PIN 6-angka, kad debit GXBank juga menyokong pembayaran tanpa sentuh ala PayWave. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai sokongan Apple Pay, Google Pay atau Samsung Pay.

Tawaran dan insentif mendaftar GXBank

Jika anda belum menjadi pengguna GXBank, mereka kini masih menawarkan pulangan tunai RM20 untuk deposit RM100 pertama ke dalam akaun GXBank. Malah, ada bonus RM8 jika memautkan DuitNow ID ke akaun GXbank. Selain itu, pengguna Grab boleh mendapatkan langganan GrabUnlimited percuma sehingga 6 bulan, jika memautkan GXBank sebagai salah satu cara pembayaran di Grab.

Sebagai bank digital, GXBank hanya beroperasi melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Apple Appstore atau Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kad debit GXBank.

Bacaan Berkaitan

  • GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia
  • Kad debit GXBank tiada caj ATM RM1, beri pulangan tunai tanpa had
  • GXBank: Bank digital pertama Malaysia lancar aplikasi beta, tawar RM20 dan faedah harian
Tags: gxbankkad debit
Najib

Najib

POPULAR

GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia

Kad debit GXBank akan tersedia Januari 2024, tiada yuran dan dikecualikan caj ATM RM1

15 December 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER