• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Nothing Phone 2 terima kemas kini Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:51 pm
  • 18/12/2023
  • Komen
Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing telah mengumumkan kemas kini Nothing OS 2.5 terbaru berasaskan Android 14 mula dikeluarkan kepada semua pengguna Nothing Phone 2. Ini bermakna pengguna Phone 2 akan mendapat akses kepada ciri terbaru Android 14, bersama dengan antara muka dan perisian yang ditambah baik.

Untuk pengetahuan anda, versi beta Nothing OS 2.5 telah pun dikeluarkan pada November lalu. Tetapi kini, versi beta telah tamat dan versi rasmi yang stabil telah dikeluarkan kepada semua pengguna telefon Nothing Phone 2.



Nothing OS 2.5 incoming.

Coming to a Phone (2) near you over the next few days. With new features and improvements to enhance your experience even further.

Open Beta for Phone (1) will kick off before the end of the year. pic.twitter.com/2Wtui7LJ7a

— Nothing (@nothing) December 15, 2023

Ciri baru pada kemas kini Nothing OS 2.5

Dalam kemas kini Nothing OS 2.5, pengguna akan menerima antaramuka yang diperbaharui dengan wallpaper skrin rumah dan skrin kunci yang boleh disesuaikan lebih banyak. Akan terdapat wallpaper baharu dengan kesan khas dinamik, serta filter kaca yang boleh ditambah pada wallpaper pilihan anda untuk berikan kesan unik.

Selain itu, lampu glyph juga kini boleh berinteraksi dengan Google Calendar, yang mana ia akan menunjukkan masa detik selama 5 minit apabila tarikh acara semakin hampir. Pemasa lampu glyph pula mempunyai sokongan untuk masa preset mengikut tempoh kesukaan anda dan ia boleh diakses terus tanpa perlu membuka skrin terlebih dahulu. Lebih menarik, lampu glyph juga akan ada animasi apabila NFC digunakan.



Seperkara yang ditambah baik juga adalah bahagian gesture. Menekan dua butang kuasa kini boleh disesuaikan fungsinya. Malah, tangkap layar skrin boleh dilakukan dengan pantas dengan hanya meleret tiga jari di skrin, dengan ciri penyuntingan tangkap layar yang lebih canggih.

Sementara itu, skrin kunci kini didatangkan dengan pebih banyak pilihan pintas untuk pengguna aktifkan mod senyap, Do Not Disturb, pengimbas QR, dan video kamera dengan pantas.

Manakala untuk widget, ia ditambah ciri baharu seperti pedometer untuk kiraan langkah, pemain media, dan masa penggunaan skrin. Tetapi Nothing memaklumkan untuk menggunakan ciri terbaru ini, pengguna perlu mengemas kini Nothing Launcher dan aplikasi Nothing Widgets kepada versi terkini.

Pengeluaran dilakukan secara berperingkat

Dalam masa yang sama, Nothing turut menyatakan pengeluaran OS terbaru ini akan dilakukan secara berpringkat dan bukan semua pengguna akan menerima kemas kini ini secara serentak. Ini untuk memastikan kemaskini dapat dikeluarkan dengan lancar dan stabil tanpa sebarang isu. Untuk menyemak sama anda anda telah menerima ataupun tidak, anda boleh pergi ke Settings > System > System Update.

Walau bagaimanapun, untuk pengguna Phone 1, masih tiada maklumat bilakah ia akan dikeluarkan, dan versi betanya hanya diuji untuk pengguna Phone 1 dalam bilangan terhad. Tetapi, Nothing OS 2.5 ini pastinya akan hadir juga untuk pengguna Phone 1 kerana kemas kini yang disokong Phone 1 adalah sehingga 3 tahun, yang bermaksud ia akan menerima sehingga Android 15.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang kemas kini Nothing OS 2.5, anda boleh rujuk di sini.

[Sumber: Nothing]

Bacaan berkaitan

  • Nothing OS 2.0 tersedia untuk Phone (1), tanpa Glyph Timer, Progress dan pek nada dering baru
  • Nothing akan lancar telefon murah dengan lampu glyph pada Februari 2024
  • Nothing buka kedai di Plaza Low Yat, khidmat lepas jualan turut disediakan
  • Nothing OS 2.0 tersedia untuk Phone (1), tanpa Glyph Timer, Progress dan pek nada dering baru
Tags: android 14NothingNothing OS 2.5nothing phone (1)nothing phone 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia

Pengguna Nothing Phone 2 terima kemas kini Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14

18 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER