• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

2 model Apple Watch diharam penjualannya bermula 26 Disember 2023, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:50 am
  • 19/12/2023
  • Komen
Apple Watch Series 9 & Watch Ultra 2: Harga jualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple akan menghentikan jualan Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 di Amerika Syarikat. Ia adalah arahan daripada International Trade Commission A.S kerana dua produk tersebut didapati mengandungi teknologi berpaten yang Apple tiada kebenaran untuk menggunakannya. Arahan ini berkuat kuasa bermula 26 Disember 2023.

Apa yang akan berlaku dalam pasaran A.S adalah pengguna tidak lagi boleh membeli Apple Watch yang terlibat secara dalam talian ataupun luar talian. Apple katanya akan menarik penawaran secara dalam talian lebih awal iaitu pada 21 Disember 2023 diikuti dengan kedai fizikal.



Penggunaan paten yang sedang disiasat adalah yang dimiliki oleh Masimo, sebuah syarikat yang membangunkan teknologi kesihatan. Mereka mendakwa Apple menggunakan teknologi sensor pengesan oksigen dalam darah hasil kajian mereka dan Apple telah gunakannya sejak tahun 2020.

Konflik antara Apple dengan Masimo bukannya baru tercetus baru-baru ini, sebaliknya sejak 2013 lagi. Dikhabarkan yang Apple mempunyai hasrat untuk membeli syarikat Masimo, pastinya salah satu objektifnya adalah beroleh teknologi yang akan mereka masukkan dalam Apple Watch kelak.



Namun, atas sebab-sebab tidak diketahui cadangan itu terbantu, sebaliknya dua orang staf Masimo telah berpindah syarikat dan membangunkan teknologi pengesanan oksigen dalam darah mereka sendiri.

Berbalik kepada pemberhentian jualan Apple Watch, arahan ini hanya terpakai dalam pasaran A.S sahaja. Di negara luar termasuklah Malaysia, penjualan adalah berjalan seperti biasa.

Sumber: npr

Tags: appleapple watchapple watch series 9apple watch ultraapple watch ultra 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple Watch Series 9 & Watch Ultra 2: Harga jualannya di Malaysia

2 model Apple Watch diharam penjualannya bermula 26 Disember 2023, ini sebabnya

19 December 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN