• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Home Fibre kini terdapat di rangkaian TIME, jalur lebar termurah dari RM79/bulan

  • OLEH Najib
  • 12:04 pm
  • 19/12/2023
  • Komen
U Home Fibre kini terdapat di rangkaian TIME, jalur lebar termurah dari RM79/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile telah meluaskan lagi liputan jalur lebar tetap mereka kepada 1.3 juta kediaman dan menjenamakan semula produk tersebut kepada U Home Fibre (sebelum ini dikenali sebagai Ultra Unlimited Home Fibre Broadband). Malah, pelan termurah 100Mbps mereka kini lebih murah.

Rebat RM20 untuk pelanggan baru

U Mobile kini mengumumkan kerjasama mereka dengan TIME, meluaskan lagi tawaran jalur lebar mereka menerusi infrastruktur jalur lebar TIME. Dengan ini, U Home Fibre boleh dilanggan oleh lebih 1 juta pelanggan terutama di bangunan tinggi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sebelum ini, U Mobile bekerjasama dengan TNB Allo untuk memulakan penawaran jalur lebar tetap mereka pada tahun 2021.



Untuk meraikan liputan yang diperluaskan ini, U Mobile menawarkan rebat bulanan RM20 untuk pelanggan U Home Fibre selama 24 bulan. Tawaran ini sah kepada pelanggan baru yang mendaftar di antara 19 Disember 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Harga pelan U Home Fibre

Pelan jalur lebar U Home Fibre ditawarkan dalam empat kelajuan, dari 100Mbps sehingga 1Gbps. Dengan promosi rebat RM20/bulan, berikut adalah harganya:



  • 100Mbps – RM99/bulan RM79/bulan
  • 300Mbps – RM139/bulan RM119/bulan
  • 500Mbps – RM159/bulan RM139/bulan
  • 1Gbps – RM289/bulan RM269/bulan

Boleh dikatakan, U Home Fibre menawarkan pelan 100Mbps paling murah yang boleh dilanggan semua, iaitu RM79/bulan selepas rebat RM20. Tetapi pelan termurah masih dipegang oleh Pakej Perpaduan City Broadband 100Mbps, iaitu RM69/bulan tetapi terhad kepada golongan tertentu sahaja.

Menurut U Mobile, pelan U Home Fibre datang bersama router WiFi 6 dan pelanggan akan menerima pemasangan dari pakar tanpa caj tambahan. Tiada pula maklumat tentang kelajuan muat naik pelan buat masa ini.

Apa jadi kalau batal kontrak?

Sepert biasa, pelan jalur lebar tetap akan diikat dengan kontrak sekurang-kurangnya 24-bulan. Di bahagian terma dan syarat menyatakan, pelanggan perlu membayar baki bulanan kontrak jika mahu menamatkan perkhidmatan sebelum tamat tempoh kontrak. Pelanggan boleh menaik taraf pelan semasa kontrak, tetapi tidak dibenarkan menurunkan jenis pelan atau melaksanakan pemindahan hak milik.

Jika anda berminat dengan tawaran ini, boleh semak dahulu kawasan anda termasuk di dalam liputan menerusi laman U Home Fibre. Tetapi jika tiada liputan di tempat anda atau mahu mendapatkan jalur lebar wayarles, boleh melanggan pelan U Home 5G yang dengan kelajuan penuh 5G tanpa had pada harga RM68/bulan.

Bacaan Berkaitan

  • U Mobile lancar pelan jalur lebar tetap dengan diskaun 50% selama 24 bulan dan percuma bulan pertama
  • City Broadband tawar Pakej Perpaduan Allo, jalur lebar 100Mbps pada RM69
  • U Mobile U Home 5G: Pelan data 5G tanpa had paling murah, tiada kontrak dan sekatan kelajuan
Tags: U Home Fibreu mobile
Najib

Najib

POPULAR

U Home Fibre kini terdapat di rangkaian TIME, jalur lebar termurah dari RM79/bulan

U Home Fibre kini terdapat di rangkaian TIME, jalur lebar termurah dari RM79/bulan

19 December 2023
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN