• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Z60 Ultra diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 bersama kamera kalis air 18mm, 35mm dan 85mm

  • OLEH Najib
  • 11:12 am
  • 20/12/2023
  • Komen
Nubia Z60 Ultra diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 bersama kamera kalis air 18mm, 35mm dan 85mm
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Nubia mungkin tidak terkenal di Malaysia tetapi ia adalah salah satu model telefon pintar di bawah ZTE, seperti telefon gaming RedMagic. Malah, Nubia ada melancarkan telefon gaming mampu milik tahun ini, dikenali sebagai Nubia Neo 5G.

Di peringkat antarabangsa, ZTE telah memperkenalkan telefon pintar flagship, Nubia Z60 Ultra diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3 terbaru. Ia membawakan sistem fotografi berkuasa tinggi bersama kamera hadapan tersembunyi. Malah, ia adalah telefon pintar pertama Nubia dilengkapi ciri kalis air.



Harga Nubia Z60 Ultra

Agak menyedihkan kerana ZTE Malaysia sudah lama tidak membawa peranti flagship untuk pasaran tempatan. Apatah lagi, pelancaran ZTE Nubia Z60 di peringkat antarabangsa ini telah bersedia untuk dijual di beberapa negara di luar China, termasuk Indonesia dan Singapura. Masih tiada khabar ia akan dijual di Malaysia.

Terdapat tiga varian Nubia Z60 Ultra, dengan harga berikut:



  • Nubia Z60 Ultra (RAM 8GB + storan 256GB) – USD 599 (~RM2,791)
  • Nubia Z60 Ultra (RAM 12GB + storan 256GB) – USD 649 (~RM3,024)
  • Nubia Z60 Ultra (RAM 16GB + storan 512GB) – USD 779 (~RM3,629)

Bagaimanapun, penghantaran pertama tempahan Nubia Z60 Ultra bermula tahun depan, dari 9 Januari 2024.

Spesifikasi Nubia Z60 Ultra

ZTE mahun menonjolkan kehebatan kamera di Nubia Z60 Ultra dengan terma-terma fotografi. Antaranya penggunaan tiga lensa dengan fokal 18mm, 35mm dan 85mm. Dalam kata lain, lensa ultralebar, lensa lebar dan lensa telefoto.

Tiga kamera belakang dan kamera hadapan tersembunyi

Lensa 18MM memiliki sensor 50MP F1.8, dengan bukaan sudut seluas 100-darjah dan memiliki penstabil imej optikal (OIS) bertahap kamera aksi. Lensa utama 35mm pula menggunakan sensor Sony IMX800 50MP F1.59, juga dilengkapi OIS. Lensa 85mm pula dilengkapi sensor 64MP dan OIS.

ZTE mengekalkan keunikan kamera hadapan di Nubia Z60 Ultra tersembunyi di balik paparan (Under Display Camera, UDC), dengan sensor 12MP. Skrin hadapan ini jenis AMOLED rata dengan bucu tajam seluas 6.8-inci, memberikan pengalaman skrin penuh yang sangat luas. Skrin ini dilengkapi resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz, serta kecerahan setinggi 1,500nits.

Prestasi tinggi Nubia Z60 Ultra disalurkan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 terbaru, dengan pemproses grafik Adreno 740. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.0 sehingga 512GB.

Pengguna pasti tidak risau tentang tenaga kerana Nubia Z60 Ultra dilengkapi bateri ebsar 6,000mAh. Ia juga menyokong pengecasan pantas 80W, mengecas menggunakan sambungan USB-C. Tetapi pengecasan wayarles masih tidak disokong.

Tambah menenangkan fikiran pengguna adalah pengiktirafan kalis air dan debu IP68 pada telefon ini. Selain itu, Nubia Z60 Ultra dilengkapi sokongan 5G, WiFi 802.11ax, bluetooth 5.4, pemancar infra merah dan pengimbas capjari dalam skrin.

Sistem operasi MyOS14 berasaskan Android 14 digunakan pada telefon ini. Terdapat dua pilihan warna disediakan, antara hitam dan perak. Tetapi terdapat satu edisi khas yang dipanggil Starry Night.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon ini, layari laman produk Nubia Z60 Ultra.

Bacaan Berkaitan

  • Nubia Neo 5G guna cip Unisoc untuk harga mampu milik dan prestasi kelas pertengahan
  • Nubia Neo 5G hadir ke pasaran Malaysia, telefon gaming bawah RM1,000 lengkap dengan “Game Space”
  • [REVIU] Nubia Neo 5G bukti cip Unisoc boleh kuasakan telefon gaming, tapi ada banyak perkara perlu dikorbankan
Tags: mobileNubiaNubia Z60 UltraZTE
Najib

Najib

POPULAR

Nubia Z60 Ultra diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 bersama kamera kalis air 18mm, 35mm dan 85mm

Nubia Z60 Ultra diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 bersama kamera kalis air 18mm, 35mm dan 85mm

20 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER