• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Volkswagen, Porsche, dan Audi umum guna kepala pengecas Tesla bermula 2025

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:13 pm
  • 20/12/2023
  • Komen
Volkswagen, Porsche, dan Audi umum guna kepala pengecas Tesla bermula 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Sama seperti gajet yang semakin lama semakin banyak yang berhijrah kepada USB-C, dunia EV juga tidak terlepas daripada berevolusi. Contohnya pada kepala penyambung pengecas apabila kumpulan Volkswagen (VW) mengumumkan kenderaan mereka akan mengguna pakai kepala NACS (North American Charging Standard) bermula 2025.

Nampaknya kumpulan VW akan menyertai Mercedes-Benz dan Volvo/Polestar sebagai jenama Eropah seterusnya yang mengguna pakai NACS. Jenama-jenama A.S seperti Ford, General Motors, dan Rivian sudahpun lakukan pengumuman lebih awal.



Untuk makluman anda, NACS adalah kepala pengecas yang dijenamakan semula daripada Tesla Connector. Seperti namanya, ia adalah produk Tesla yang diperkenalkan sejak tahun 2012 sebelum rekaan dan spesifikasinya dibuka secara open-source dalam bulan November 2022. Ia membolehkan sesiapa sahaja mengeluarkan produk berasaskan NACS tanpa perlu membayar yuran perlesenan ataupun royalti.

Perbezaan NACS dengan CCS
Perbezaan NACS dengan CCS

Antara kelebihan NACS berbanding CCS adalah saiznya yang lebih kompak dan kemampuan menampung kuasa yang lebih tinggi tanpa perlu menggunakan kabel yang tebal dan berat.



Rentetan daripada pengumuman ini, pengguna EV di Amerika Syarikat adalah antara yang akan menerima impak terbesar. Hal ini kerana, EV selain Tesla akan beroleh akses kepada rangkaian pengecasan Tesla Supercharger yang sangat meluas dalam wilayah itu. Menurut Tesla, nisbah NACS kepada CCS (piawian pengecas utama EV sekarang) adalah 2 kepada 1. Makanyam bermula 2024, Mercedes-Benz mengumumkan akan mula tawarkan penyesua CCS kepada NACS untuk pengguna EV sedia ada memanfaatkan stesen pengecas Supercharger Tesla.

Sumber: VW

Tags: CCSEVNACS
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Volkswagen, Porsche, dan Audi umum guna kepala pengecas Tesla bermula 2025

Volkswagen, Porsche, dan Audi umum guna kepala pengecas Tesla bermula 2025

20 December 2023
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER