• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Disney+ Hotstar Malaysia kini dengan fungsi tetapan untuk 7 profil pengguna

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:07 pm
  • 21/12/2023
  • Komen
Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform
Share on FacebookShare on Twitter

Jika sebelum ini pelanggan platform penstriman, Disney+ Hotstar Malaysia hanya boleh mencipta dua profil, namun kini tambahan lima lagi profil boleh dicipta di bawah satu akaun berdaftar. Kemas kini ini boleh digunakan pada pelbagai peranti termasuk Android, iOS, TV dan laman web.

Membuat tetapan profil Disney+ Hotstar Malaysia

Sekiranya anda merupakan pelanggan yang baru berdaftar dengan Disney+ Hotstar, anda akan diminta untuk mencipta profil utama semasa pendaftaran. 



Profil utama adalah Profil pemilik akaun langganan. Profil utama tidak boleh dipadam atau ditetapkan dengan penilaian kandungan yang kurang daripada penilaian tertinggi.

Untuk pelanggan sedia ada pula, akan terpapar butang “+” untuk tambahan profil baharu. Ikuti langkah di bawah untuk menambah profil baharu:



231221 Disney+Hotstar
  1. Pilih (+) ‘Tambah’.
  2. Pilihan avatar tersedia untuk profil.
  3. Masukkan nama profil.
  4. Tetapkan penilaian kandungan untuk profil.
  5. Pilih ‘Cipta Profil’ atau ‘Cipta Profil Kanak-kanak’.
231221 Disney+Hotstar

Anda boleh menetapkan Profil Kanak-kanak yang terhad kepada kandungan berpenilaian G/PG dengan menggerakkan butang ke kanan. Pastikan anda menetapkan penilaian kandungan yang betul, kerana ia tidak boleh diubah setelah ditetapkan.

231221 Disney+Hotstar

Untuk menetapkan  kunci kawalan ibu bapa, anda boleh mencipta PIN 4-digit dan gunakan pin tersebut untuk mengakses semua profil dengan penilaian kandungan yang telah ditetapkan untuk 18+.

Anda juga mungkin akan diminta untuk menetapkan bahasa untuk kandungan pada Disney+ Hotstar apabila mengaktifkan profil anda buat kali pertama.

Untuk menukar antara profil pula, anda boleh melakukannya dengan langkah-langkah berikut:

231221 Disney+Hotstar
  1. Pergi ke ‘Ruang Saya’ pada profil semasa.
  2. Pilih profil yang anda ingin tukar daripada senarai pilihan yang tersedia.

Harga langganan Disney+ Hotstar Malaysia

Bagi yang berminat untuk melanggan Disney+ Hotstar, platform penstriman itu menyediakan pakej langganan 3 bulan pada harga RM54.90. Ini bermakna anda hanya perlu membayar yuran langganan RM54.90 setiap 3 bulan.

Jika anda merupakan pelanggan Astro, anda boleh mendapatkan akses kepada Disney+ Hotstar melalui pek Astro terpilih seperti Pek Filem, Pek Platinum dan Pek Platinum 1.

231221 Disney+Hotstar

Perkhidmatan penstriman juga ditawarkan melalui Unifi TV. Pelanggan boleh memilih Disney+ Hotstar sebagai tambahan pada harga RM16/bulan atau sebagai sebahagian daripada pakej TV terpilih termasuk Ultimate, Ultimate Plus, Ultimate Max, Movies dan Kids Pack.

Dari segi peranti, anda boleh menonton Disney+ Hotstar melalui peranti Android dan iOS serta melalui pelayar web seperti Chrome, Safari, Edge dan Firefox. Disney+ Hotstar juga boleh ditonton melalui Android TV, Chromecast dan Apple TV serta TV pintar terpilih daripada LG, Samsung, Hisense dan Toshiba.

[Sumber: Disney+ Hotstar]

Tags: DisneyDisney+ HotstarDisney+ Hotstar Malaysia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform

Disney+ Hotstar Malaysia kini dengan fungsi tetapan untuk 7 profil pengguna

21 December 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER