• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro tawar siaran percuma 6 saluran terpilih sempena tahun baru

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:48 pm
  • 22/12/2023
  • Komen
231222 Astro Saluran Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena menyambut ketibaan tahun baharu 2024, Astro akan menawarkan tontonan percuma untuk 6 saluran terpilih sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggannya.

Berikut adalah senarai saluran percuma yang ditawarkan bermula 1 Januari hingga 31 Januari 2024:



  • HBO Hits (Saluran 415): Nikmati filem blockbuster kegemaran ramai antaranya, Moonfall dan The Lost City 
  • HBO Family (Saluran 414): Menawarkan filem menarik dan mesra keluarga. Nikmati program seperti The Lego Movie 2 dan Bee Movie
  • Showcase (Saluran 413): Menggabungkan kandungan kegemaran semasa dan klasik termasuklah Dolittle, Jurassic World dan Jurassic World: Fallen Kingdom
  • K-Plus (Saluran 396) : Menampilkan pelbagai siri drama eksklusif, rancangan variasi, filem dan program gaya hidup dari Korea seperti Between Him and Her dan Perfect Marriage Revenge
  • Moonbug (Saluran 618): Pelbagai rancangan menarik untuk kanak-kanak prasekolah antaranya Blippi dan CoComelon

Manakala bermula 10 Januari hingga 31 Mac 2024, anda berpeluang untuk menonton saluran terbaharu Astro, HITS NOW (saluran 702) secara percuma.

Saluran tersebut  akan menyiarkan drama popular, komedi penuh gelak tawa, rancangan permainan menarik dan banyak lagi seperti America’s Got Talent: Fantasy Team, American Idol dan Celebrity Family Feud serta siaran langsung Anugerah EMMY Primetime ke-75 pada 16 Januari nanti.



Kempen bersama keluarga Astro

AStro juga melancarkan kempen terbaharu “Masa Bersama Merapatkan Kita”, mempamerkan maksud sebenar perhubungan bersama orang tersayang. Ia merupakan inisiatif Astro untuk menggalakkan pelanggan meluangkan masa bermakna bersama keluarga.

Bagi anda yang berminat untuk melanggan Astro, terdapat pelbagai pilihan pakej yang sesuai dengan keperluan anda dan keluarga boleh dijadikan pilihan dengan potongan 30% bermula daripada RM41.99 sebulan.

Pelanggan baharu yang ingin mendapatkan harga pakej dengan potongan 30% itu perlu mendaftar untuk auto debit Astro. Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai tawaran tersebut, anda boleh layari laman web Astro.

Bacaan berkaitan:

  • Astro tambah lima saluran percuma untuk pelanggan Sooka & NJOI
  • Daftar auto debit Astro dapat diskaun hingga 30%, boleh dapat penjimatan lebih RM600 tu
  • OK Vision Malaysia, pesaing baru Astro tawar pakej TV satelit RM20 sebulan
Tags: astroHBO FamilyHBO HitsHITS NOWK-PlusMoonbugShowcase
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231222 Astro Saluran Percuma

Astro tawar siaran percuma 6 saluran terpilih sempena tahun baru

22 December 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN