• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon lipat ternipis Honor Magic V2 bakal dilancarkan di Malaysia pada Januari 2024

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:12 pm
  • 27/12/2023
  • Komen
Honor Magic V2 telefon lipat paling nipis, serta lagi ringan daripada iPhone 14 Pro Max
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah mendedahkan mereka bakal memperkenalkan sebuah telefon terbaru untuk pasaran Malaysia pada tahun 2024. Telefon yang bakal diperkenal merupakan telefon berkelas flagship dan membawa slogan ‘paling nipis’ dan ‘paling ringan’, menunjukkan berkemungkinan besar ia adalah telefon lipat Honor Magic V2.

Magic V2 adalah pengganti kepada Honor Magic Vs terdahulu dan menurut Honor Malaysia, ia adalah telefon lipat ternipis dan teringan setakat ini dengan tebal 9.9mm dan berat 231g, yang mana lebih ringan dari iPhone 14 Pro Max. Bersama dengan pengumuman ini, Honor telah menetapkan pelancarannya di Malaysia akan berlangsung pada 3 Januari 2024.



Untuk maklumat anda, Honor Magic V2 pertama kali diperkenal di pasaran China pada Julai lalu dan ia juga telah dilancarkan di pentas antarabangsa di IFA Berlin pada 1 September 2023.

Spesifikasi Honor Magic V2

Seperti yang dikata awal tadi, Magic V2 memiliki badan nipis dan ringan dengan hanya berukuran 9.9mm tebal dalam keadaan terlipat, dan hanya berat 231g. Ini jauh lebih ringan dari model Magic Vs terdahulu yang berukuran 12.9mm dan berat 267g. Jika paparannya dibuka, Magic V2 masih lebih nipis hanya berukuran 4.7mm berbanding Magic Vs 6.1mm.



Untuk mencapai badan senipis ini, Magic V2 menampilkan mekanisma engsel tanpa gear yang diperbuat daripada titanium. Ketahanan engsel boleh bertahan sehingga 400,000 lipatan serta memiliki salutan P2i untuk melindungi perkakas dalaman daripada percikan air.

Paparan luar Magic V2 didatangkan dengan skrin OLED 6.43 inci dengan resolusi 2,376×1,060 piksel yang menyokong kecerahan puncak 2,500 nits. Manakala untuk paparan dalamannya menggunakan skrin LTPO OLED berukuran 7.92-inci dengan resolusi 2,156×2,344 piksel dengan kecerahan punck sehingga 1,600 nits. Kedua-dua skrin dalam dan luar menyokong kadar penyegaran 120Hz dan juga tahap PWM setinggi 3,840Hz.

Magic V2 mengguna pakai cip flagship Snapdragon 8 Gen 2 versi overclocked pada 3.36GHz untuk teras utamanya. Cip tersebut digandingkan dengan RAM 16GB dan pilihan storan sama ada 256G atau 512GB. Pilihan storan 1TB yang lebih luas juga tersedia untuk edisi Ultimate Honor Magic V2.

Sistem pengimejan Magic V2 dipacu oleh kamera utama 50MP f/1.9 dengan OIS, kamera ultra lebar 50MP f.2.0 dan kamera telefoto 20MP OIS dengan zum optikal 2.5x dan zum digital sehingga 40x. Lubang kamera selfie terdapat di kedua-dua paparan yang menmpatkan kamera 16MP f/2.2.

Tenaga telefon disalur oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 66W berwayar. Walau bagaimanapun, tiada sokongan pengecasan wayarles dan tahap kekalisan air. Lain-lain ciri termasuk pengimbas cap jari di butang kuasa, NFC, 5G, Bluetooth 5.3, WiFi 7 dan ia menjalankan MagicOS 7.2 berasaskan Android 13.

Sebagai perbandingan, Honor Magic V2 dijual di China pada harga bermula CNY8,999 (~RM5,718) untuk model RAM16GB dan storan 256GB hingga CNY11,999 (~RM7,623) untuk Edisi Ultimate dengan storan terbesar 1TB. Tidaklah pasti varian yang sama akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak. Untuk maklumat lanjut, nantikan pelancarannya yang akan berlangsung dalam dua minggu lagi.

Bacaan berkaitan

  • Honor bakal lancar X8b dan X7b di Malaysia, storan 512GB tak sampai RM1,000
  • Honor Magic V2s diumum di China, Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera sedikit rendah spesifikasi
  • Honor X7b kini rasmi dengan bateri besar 6,000mAh dan kamera 108MP
Tags: honorHonor Magic V2telefon lipat
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Magic V2 telefon lipat paling nipis, serta lagi ringan daripada iPhone 14 Pro Max

Telefon lipat ternipis Honor Magic V2 bakal dilancarkan di Malaysia pada Januari 2024

27 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER