• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazon

Amazon Prime Video papar iklan mulai 29 Januari, ada pilihan bebas iklan

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 6:30 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Jika sebelum ini, ia hanyalah sekadar rancangan Amazon untuk mula memasukkan iklan ke dalam filem dan rancangan TV yang distrim daripada perkhidmatan Prime Video, namun kini tarikh rasmi iklan akan disiarkan telah diumumkan iaitu bermula 29 Januari 2024.

Menerusi emel yang dihantar kepada pelanggannya mengenai peralihan kepada ‘iklan terhad’, Amazon berkata “Ini membolehkan kami terus melabur dalam kandungan menarik dan terus meningkatkan pelaburan untuk tempoh jangka masa panjang.” 



Iklan terhad yang bakal dilaksanakan menjelang hujung Januari 2024 hanyalah melibatkan pasaran di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Kanada. Manakala untuk pelanggan di pasaran Perancis, Itali, Sepanyol, Mexico dan Australia, mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk menonton iklan atau membuat bayaran tambahan menjelang akhir tahun 2024.

Jadi buat masa ini, pelanggan di Malaysia bolehlah menarik nafas lega. Tetapi janganlah terkejut nanti tiba-tiba muncul iklan di TV.



Bayaran tambahan bulanan Prime Video

Pun begitu, pelanggan sedia ada mempunyai pilihan untuk mengelakkan iklan dengan membuat bayaran tambahan USD2.99 (~RM14) sebulan.

Bayaran bulanan Amazon Prime di Amerika Syarikat pada masa kini berharga USD14.99 atau USD139 setiap tahun. Prime Video juga boleh dilanggan secara individu dengan harga USD8.99 sebulan. Caj baharu untuk penstriman tanpa iklan akan menjadikan pakej bulanan berharga di bawah USD18, dan manakala untuk Prime Video individu pula di bawah harga USD12.

Secara mudahnya, kos langganan bulanan Amazon Prime masih sama, cumanya bagi pelanggan yang tidak mahu melihat iklan bermula 29 Januari 2024, mereka mempunyai pilihan dengan membayar lebih sedikit.

Kalau ikut harga pelan di Malaysia untuk sebulan adalah RM25. Tetapi kalau sudah mula disiarkan iklan, untuk hilangkan iklan mungkin kena tambah dalam anggaran RM14, daripada harga RM25 akan jadi hampir RM40 sebulan.

Macam mana pelanggan Prime Video di Malaysia, bersediakah anda untuk membayar lebih untuk mengelakkan iklan atau bertukar kepada TV penstriman lain? 

[Sumber: The Verge]

Bacaan berkaitan:

  • Tonton Prime Video secara percuma dengan TV baru Samsung
  • 10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia
  • Prime Video umum banyak filem tempatan baru, antaranya Imaginur, Abang Long Fadil 3 dan Budak Flat
Tags: amazoniklanPrime Video
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Amazon Prime Video papar iklan mulai 29 Januari, ada pilihan bebas iklan

28 December 2023
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER