• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazon

Prime Video umum banyak filem tempatan baru, antaranya Imaginur, Abang Long Fadil 3 dan Budak Flat

  • OLEH Najib
  • 12:05 pm
  • 18/05/2023
  • Komen
Prime Video umum banyak filem tempatan baru, antaranya Imaginur, Abang Long Fadil 3 dan Budak Flat
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Prime Video (Amazon) mungkin tidak sepopular Netflix dan Disney+ Hotstar sebagai pilihan platform penstriman di Malaysia. Tetapi anda mungkin berminat untuk melanggan Prime Video, kerana kini mereka mengumumkan barisan filem dan siri tempatan yang sangat menarik, bakal bersiaran tidak lama lagi.

Bagi menarik lebih ramai penonton di Malaysia, Prime Video mengumumkan beberapa kandungan yang dihasilkan di Malaysia, termasuk dua siri Amazon Original: ‘That Cover Girl’ dan ‘Budak Flat’. Ia merupakan sebahagian daripada komitmen Prime Video untuk melabur lebih banyak kepada industri kreatif di Asia Tenggara.



That Cover Girl
Budak Flat

That Cover Girl diarahkan oleh pengarah terkenal, Kabir Bhatia dan dibintangi oleh pelakon Siti Saleha, Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Aiman Hakim. Ia adalah drama romantik tentang ahli perniagaan wanita yang cuba mempertahankan empayar fesyennya daripada musnah.

Budak Flat pula adalah filem aksi di bawah Skop Production, yang diarah oleh Eugene Lim Woo Ming Jin, dan Faizal Ishak, serta mendapat nasihat daripada Syafiq Yusof. Barisan pelakonnya terdiri daripada Pablo Amirul, Zahiril, Adzim, Nabila Huda, Aaron Aziz, Balan Kash dan Yung Raja. Filem ini membawa penonton kepada kisah persengketaan gangster di rumah flat.



Peminat filem di Malaysia juga boleh menonton pelbagai filem-filem terbaru tempatan yang telah meletup di pawagam di Prime Video, seperti Remp-it 2, Abang Long Fadil 3, Juang, Imaginur (13 Julai) dan Coast Guard Malaysia: Ops Helang (8 Jun). Kanak-kanak juga pasti gembira kerana dapat menonton filem BoboiBoy Movie 2 dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Selain kandungan Malaysia, Prime Video menyajikan ribuan kandungan filem dan siri yang boleh ditonton di ratusan peranti yang serasi. Antara siri Amazon Original yang tersedia adalah Citadel, The Lord Of The Rings: The Rings Of Power, The Boys, The Wheel of Time, The Marvelous Mrs. Maisel, serta pelbagai tajuk filem seperti Coming 2 America, The Tomorrow War, termasuk filem Korea, Island dan Jinny’s Kitchen.

Melanggan Prime Video

Melanggan Prime Video sangat mudah kerana ia hanya ada satu pelan, berharga RM25/bulan. Pelan ini membenarkan tontonan serentak sehingga tiga peranti dengan siaran sehingga 4K Ultra HD. Pengguna baru boleh mencubanya secara percuma selama 7-hari, dengan syarat memasukkan maklumat kad debit/kredit daripada Bank di Malaysia dahulu.

Untuk perbandingan, Netflix menawarkan pelan termurah RM17/bulan untuk peranti mudah alih dan RM35/bulan di komputer dan TV. Disney+ Hotstar pula ada satu sahaja pelan iaitu RM54.90 untuk 3 bulan.

Prime Video boleh ditonton terus di pelayar web di www.primevideo.com, atau dengan muat turun aplikasi mudah alih menerusi Apple Appstore, Google Playstore, Samsung Galaxy Store dan Microsoft Store. Untuk maklumat terkini tentang Prime Video, ikuti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube rasmi Prime Video Malaysia.

Bacaan Berkaitan

  • Filem Thor Love & Thunder boleh ditonton di Malaysia mulai September
  • Filem Shang-Chi dan Jungle Cruise akan tiba di Disney+ Hotstar pada 12 November
  • Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform
  • Harga asas Netflix Malaysia turun hari ini dengan resolusi lebih tinggi
Tags: amazonAmazon Prime VideoPrime Video
Najib

Najib

POPULAR

Prime Video umum banyak filem tempatan baru, antaranya Imaginur, Abang Long Fadil 3 dan Budak Flat

Prime Video umum banyak filem tempatan baru, antaranya Imaginur, Abang Long Fadil 3 dan Budak Flat

18 May 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN