• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Nova 12 kini rasmi, hadir bersama sambungan satelit untuk panggilan dan mesej

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:03 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
Siri Huawei Nova 12 kini rasmi, hadir bersama sambungan satelit untuk panggilan dan mesej
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu acara di China, Huawei telah rasmi melancarkan barisan telefon terbaru mereka dalam siri Huawei Nova 12. Ia merangkumi empat model iaitu Nova 12, Nova 12 Lite, Nova 12 Pro dan Nova 12 Ultra. Ia membawakan rekaan panel belakang baharu, serta hadir dengan sokongan satelit dua hala Beidou untuk panggilan dan mesej ketika berada diluar liputan selular. Lebih menarik, kamera utamanya juga mempunyai apertur yang boleh dilaras secara fizikal.

Spesifikasi Nova 12 Ultra dan Nova 12 Pro

Huawei Nova 12 Ultra dan Nova 12 Pro berkongsi ciri dan spesifikasi sama. Perbezaan ketaranya adalah pada bahagian kemasan panel belakang dan storan yang ditawarkan. Panel belakang Nova 12 Ultra menggunakan kemasan kulit tiruan manakala Nova 12 Pro menggunakan kemasan kaca marmar. Walaupun ada keseluruhan dimensi sama, model Pro lebih berat sedikit pada 201g berbanding 198g.



Huawei Nova 12 Ultra
Huawei Nova 12 Pro

Bahagian paparannya dipasangkan skrin OLED LTPO berukuran 6.7-inci pada resolusi 2,776 x 1,224 piksel dengan kadar penyegaran dinamik 1-120Hz. Panelnya memiliki 1 bilion warna serta cakupan warna gamut luas P3. Kesemua komponen skrin dilindungi oleh kaca Kunlun, dan terdapat kamera hadapan berbentuk pil yang menempatkan dua kamera iaitu kamera 60MP dengan autofokus dan kamera portrait 8MP dengan 2x zum optikal.

Huawei Nova 12 Ultra

Sistem pengimejan di belakang pula diletakkan dalam satu pil besar memuatkan dua buah kamera, satu modul flash dan sensor fokus. Dua buah kamera itu adalah kamera utama 50MP dan kamera ultra lebar 8MP dengan sudut pandangan lebar 112 darjah. Yang menariknya, kamera utamanya ada apertur yang boleh dilaras secara fizikal antara f/1.4 hingga f/4.0 bersama penapis warna RYYB pada sensor.



Huawei Nova 12 Ultra

Namun, Huawei tidak pula mendedahkan cip yang digunakan, tetapi dipercayai kedua-dua telefon ini dikuasakan cip Kirin 9000S. Model Ultra tersedia dengan pilihan storan sehingga 1TB dan model Pro ada storan sehingga 512GB. Sistem operasi yang dijalankan adalah HarmonyOS 4.

Huawei Nova 12 Ultra
Huawei Nova 12 Pro

Turut hadir juga adalah sokongan satelit dua hala Beidou untuk keperluan bermesej dan panggilan. Tenaga telefon disalur oleh bateri berkapasiti 4,600mAh dengan keupayaan mengecas sehingga 100W melalui port USB-C. Lain-lain ciri termasuk sokongan NFC, speaker stereo dan jugan pengimbas cap jari dalam skrin.

Spesifikasi Nova 12

Sementara itu, untuk Huawei Nova 12, ia turut hadir dengan rekaan serupa seperti model Pro dan Ultra pada panel belakang, tetapi menggunakan badan sisi rata serta mempunyai satu lubang di skrin dan bukannya berbentuk pil. Panel belakangnya dapat dilihat menggunakan kemasan marmar sama seperti Nova 12 Pro.

Cip yang digunakan juga tidak dinyatakan, tetapi ia dikatakan adalah Kirin 830. Bersama-sama cip tersebut, ia tersedia dengan dua pilihan storan 256GB dan 512GB serta menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.

Paparannya menampilkan skrin 6.7-inci menggunakan panel OLED pada resolusi 2,412 x 1,084 piksel dengan kadar penyegaran 120Hz. Paparannya juga menyokong 1 bilion warna dan warna gamut luas P3. Terdapat pengimbas cap jari di dalam skrin dan juga lubang skrin yang menempatkan kamera hadapan 60MP.

Sistem kamera belakang yang digunakan adalah sama seperti model Ultra dan Pro, iaitu kamera utama 50MP dilengkapi penapis warna RYYB dan kamera ultralebar bersudut pandangan luas 112 darjah. Untuk tenaga, ia datang dari bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pada kuasa 100W.

Spesifikasi Nova 12 Lite

Nova 12 Lite merupakan model paling rendah dalam barisan ini dan ada keseluruhan dimensi lebih kecil. Atas papan utama, ia diperkasa cip Snapdragon 778G dan hadir dengan storan sehingga 512GB. Skrin yang digunakan adalah sama dengan Nova 12, berukuran 6.7-inci menggunakan panel OLED pada resolusi 2412 x 1084 piksel.

Namun, sistem pengecasan dan kapasiti baterinya adalah paling rendah dalam siri ini, dengan dimuatkan bateri 4,500mAh dan pengecasan 66W. Pada bahagian belakang, ia menggunakan rekaan kamera sedikit berbeza, tetapi masih menggunakan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP dan juga sensor fokus laser. Tetapi kamera utamanya tiada ciri penapis warna RYYB.

Untuk selfie, ia turut menggunakan kamera hadapan 60MP yang diletakkan dalam lubang di tengah-tengah skrin. Ia turut hadir dengan NFC serta menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.

Harga siri Nova 12 di China

Tempahan awal siri Nova 12 ini telah dibuka di China, dan ia akan mula dijual bermula 5 Januari 2024. Harga rasminya di China adalah seperti berikut:

  • Huawei Nova 12 Lite 256GB – CNY2,499 (~RM1,631)
  • Huawei Nova 12 Lite 512GB – CNY2,799 (~RM1,827)
  • Huawei Nova 12 256GB – CNY2,999 (~RM1,958)
  • Huawei Nova 12 512GB – CNY3,399 (~RM2,219)
  • Huawei Nova 12 Pro 256GB – CNY3,999 (~RM2,610)
  • Huawei Nova 12 Pro 512GB – CNY4,399 (~RM2,872)
  • Huawei Nova 12 Ultra 512GB – CNY4,699 (~RM3,068)
  • Huawei Nova 12 Ultra 1TB – CNY5,499 (~RM3,590)

Tiada maklumat lagi tentang pelancarannya di Malaysia serta varian yang bakal dibawa masuk. Tetapi jika melihat dari siri sebelum ini yang menerima model Nova 11 dan Nova 11 Pro, pasaran tempatan mungkin akan menerima model yang sama.

[Sumber: GSMArena 1 / 2]

Bacaan berkaitan

  • Huawei Nova 11i: Bayangkan Nova 10 SE yang diturun taraf
  • Huawei Nova 11 Pro: Kamera swafoto 60MP dan sokong pengecasan pantas 100W
  • Huawei Nova 11: Kamera swafotonya lagi berkuasa berbanding kamera utama
  • Huawei P60 Pro Malaysia: Kamera dengan teknologi XMAGE pada harga bermula RM4,699
Tags: HuaweiHuawei NovaHuawei Nova 12Huawei Nova 12 LiteHuawei Nova 12 ProHuawei Nova 12 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Huawei Nova 12 kini rasmi, hadir bersama sambungan satelit untuk panggilan dan mesej

Siri Huawei Nova 12 kini rasmi, hadir bersama sambungan satelit untuk panggilan dan mesej

28 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER