• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tangkap gambar matahari dan menang hadiah percutian 3 hari 2 malam ke Xiamen dengan Vivo X100

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:13 pm
  • 29/12/2023
  • Komen
231229 Vivo Percutian China
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka dengan hanya menangkap gambar, anda berpeluang memenangi percutian 3 hari 2 malam ke Xiamen, China. Namun menerusi peraduan fotografi ‘Menerangi 2024 melalui lensa’ (Lighting Up 2024 Through The Lens) anjuran Vivo Malaysia, ia mungkin peluang anda untuk memenanginya.

Peraduan yang bermula 28 Disember 2023 hingga 10 Januari 2024 ini hanya memerlukan anda untuk mendapatkan gambar terbaik matahari terbit atau matahari terbenam melalui telefon pintar. 



231229 Vivo Percutian China

Selain berpeluang memenangi hadiah percutian ke China, hasil gambar matahari terbit dan matahari terbenam yang terbaik turut akan dipamerkan di Festival Foto Antarabangsa Jiamei X Arles di Xiamen, Fujian.

3 langkah mudah

Bagi yang berminat untuk mencuba, anda hanya perlu mengikuti 3 cara mudah di bawah untuk menyertai peraduan fotografi anjuran Vivo itu:



  1. Rakam gambar matahari terbit atau matahari terbenam.
  2. Kongsikan gambar di platform media sosial anda dengan menggunakan tiga hashtag ini: #X100SeriesLightingUp2024 #PhotographyRedefined #vivoVisionPlus
  3. Pastikan anda tag @vivo_malaysia pada hantaran tersebut untuk menghantar penyertaan secara rasmi.

Mudah, bukan? 

@vivo_malaysia

LIGHTING UP 2024 THROUGH THE LENS! 🌅✨ Share the picture of sunrise or sunset using #X100SeriesLightingUp2024 #PhotographyRedefined #vivoVisionPlus for a chance to win a 3 days 2 nights trip to the Jimei X Arles International Photo Festival in Xiamen, Fujian!🇨🇳 Don’t forget to tag @vivo_malaysia & 2 friends along! 😆✨💯 Hurry, contest runs from 28th December 2023 to 10th January 2024. Let’s illuminate the start of 2024 together! ✨📸 #vivo #vivoX100 #vivoX100Series #PhotographyRedefined #vivox100pro #vivox1005g #Lightingup2024 #photography #sunset #sunrise #contest #trip #xiamen #fujian #china

♬ original sound – vivo Malaysia – vivo Malaysia

Pemenang peraduan ‘Menerangi 2024 melalui lensa’ akan menerima tambang penerbangan pergi dan balik serta penginapan ke Xiamen, Fujian selama 3 hari & 2 malam.

Pada yang suka ambil gambar, bolehlah mencuba peraduan ini. Manalah tahu mungkin rezeki anda untuk melancong ke China tahun depan.

Anda juga boleh menggunakan Vivo X100 dengan teknologi Kamera Telefoto Terapung ZEISS APO yang akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Januari 2024 nanti untuk mendapatkan gambar pemandangan matahari terbit dan terbenam yang menarik, mungkin lebih cerah peluang untuk anda menang nanti!

Bagi mendapatkan perkembangan terkini, promosi dan spesifikasi produk terkini, layari laman web dan Facebook rasmi Vivo Malaysia.

Bacaan berkaitan:

  • Siri Vivo X100 bakal tiba di Malaysia, ada peraduan menarik dengan hadiah eksklusif menanti
  • Beli telefon Vivo serendah RM799, boleh menang beg LV & hadiah lain bernilai RM84,000
  • Produk iQoo akan diperluas ke jam tangan pintar dan audio
Tags: ChinaMatahari terbenamMatahari terbittangkap gatangkap gambarvivovivo MalaysiaXiamen
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231229 Vivo Percutian China

Tangkap gambar matahari dan menang hadiah percutian 3 hari 2 malam ke Xiamen dengan Vivo X100

29 December 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN