• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama OPPO

Oppo Find X7 dan Find X7 Ultra didedahkan, bakal lancar di China 8 Januari

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:55 pm
  • 30/12/2023
  • Komen
Oppo Find X7 dan Find X7 Ultra didedahkan, bakal lancar di China 8 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo kini telah mendedahkan secara rasmi siri telefon flagship mereka seterusnya, Oppo Find X7. Ia didedahkan menerusi penyenaraian di laman web China mereka, dengan menyatakan pelancaran Find X7 dan Find X7 Ultra akan berlangsung pada 8 Januari 2024 pada jam 2:30pm. Tempahan awal juga telah dibuka untuk siri telefon akan datang ini.

Pendedahan ini turut mengesahkan reka bentuk yang didukung kedua-dua Find X7 dan Find X7 Ultra, serta konfigurasi yang ditawarkan walaupun spesifikasinya belum didedahkan. Find X7 akan datang dengan pilihan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB, manakala Find X7 Ultra pula tersedia dengan RAM sehingga 16GB tetapi pada storan lebih kecil sehingga 512GB. Agak pelik varian Ultra akan menerima storan lebih kecil, jadi ini mungkin kesilapan pihak Oppo China di laman web mereka.



Oppo Find X7
Oppo Find X7 Ultra

Selain itu, laman tersebut menunjukkan Find X7 akan datang dalam empat pilihan warna iaitu hitam, ungu, coklat dan biru gelap. Dua pilihan terakhir akan tampil dalam kemasan separa kulit dan separa kaca manakala hitam dan ungu akan ada keseluruhan panel kaca.

Oppo Find X7

Sementara itu, Find X7 Ultra juga tersedia dalam dua warna coklat dan biru gelap yang sama seperti Find X7, tetapi dengan tambahan warna hitam khas dengan kulit berjahit.



Oppo Find X7 Ultra

Dari segi rekaan, ia diliihat masih mewarisi rekaan Oppo Find X6 dengan skrin melengkung, tetapi bonggol kameranya di belakang kini berwarna kelabu dan bukannya hitam. Sistem kameranya masih menggunakan penjenamaan Hasselblad. Tambahan pula, gambaran yang disediakan juga menunjukan ia menggunakan butang peluncur seperti yang terdapat di telefon OnePlus.

Jangkaan spesifikasi Find X7 dan Find X7 Ultra

Berkenaan spesifikasi, berdasarkan apa yang diperkatakan dalam talian, Find X7 akan dipasangkan skrin AMOLED 6.78-inci dan diperkasa oleh cip Dimensity 9300. Manakala varian ultra akan memiliki skrin AMOLED lebih besar 6.82-inci dengan resolusi QHD+ dan ditunjangi cip Snapdragon 8 Gen 3. Sistem pengimejan Find X7 Ultra akan tampil bersama dua kamera periskop telefoto dengan keupayaan mengezum 135mm. Model Find X7 pula akan ada sebuah kamera telefoto tawar zum sehingga 70mm.

Kedua-dua telefon datang bersama kapasiti bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W berwayar, dengan model ultra mungkin mempunyai pengecasan pantas secara wayarles 50W. Sebelum ini Oppo juga ada memberi bayangan yang siri Find X7 akan dilengkapi sambungan satelit BeiDou seperti yang dimiliki telefon Huawei P60.

Untuk memberi perspektif pada anda, Find X6 dilancarkan pada harga bermula CNY4,499 (~RM2,911) untuk RAM 12GB dan storan 256GB, manakala Find X6 Pro harganya bermula CNY5,999 (~RM3,881) untuk RAM 12GB dan storan 256GB. Nantikan maklumat lebih lanjut yang pasti akan menyusul menjelang pelancarannya.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: oppoOppo Find X7Oppo Find X7 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Oppo Find X7 dan Find X7 Ultra didedahkan, bakal lancar di China 8 Januari

Oppo Find X7 dan Find X7 Ultra didedahkan, bakal lancar di China 8 Januari

30 December 2023
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN