Kalau dapatlah, bajet rm3000 ni memang paling sedap nak beli telefon pintar. Sebab dapat beli telefon kelas flagship sebenar. Boleh pakai lama sikit 2-3 tahun masih lancar dan dapat kemaskini sistem operasi (OS) dan keselamatan terkini.
Dalam kategori ni ada banyak sangat persaingan, sampai susah juga nak pilih. Tapi tetap buat juga sebab ada yang bertanya dan kami nak bantu mudahkan anda buat pilihan. Kami pun dah cuba sendiri banyak telefon, bolehlah bagi pandangan pasal telefon terbaik kan. betul tak?
Selain itu, semak juga senarai 5 telefon terbaik kami bawah RM2,000, RM1,200 dan RM600.
1. Xiaomi 13T Pro (12+512GB) RM2,699
Memang biasa telefon murah Xiaomi paling berbaloi, tetapi kali ini Xiaomi berjaya hasilkan telefon flagship yang boleh menyaingi Samsung. Ada banyak sebab. Walaupun guna cip terbaik Mediatek iaitu Dimensity 9200+, ia jauh lebih baik berbanding cip Samsung Exynos. Selain menggunakan RAM terpantas LPDDR5X dan storan terlaju UFS 4.0.
Xiaomi 13T Pro juga dilengkapi kamera yang ditala Leica, dan kini kalis air dan debu IP68. Selain itu. Xiaomi pun janjikan kemaskini keselamatan selama 5 tahun, dan kemaskini OS 4 kali bermula Android 13, masa yang sama panjang dengan jaminan Samsung. Pengecas juga pantas 120W.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
2. Samsung Galaxy S23 FE (8+256GB) RM2,999
Samsung sebenarnya bermula dengan langkah sumbang untuk Galaxy S23 FE. Sebab harganya mahal sangat, RM3000 dapat storan 128GB sahaja. Tetapi dengan sepantas kilat Samsung memberi diskaun RM800 dan kini, Galaxy S23 FE bole dibeli sekitar RM2500 untuk storan 256GB.
FE adalah peranti flagship yang lebih mampu milik dari Samsung. Di Galaxy S23 FE, ia dikuasakan cip Exynos 2200 yang berkuasa tinggi, tetapi agak bermasalah untuk bermain game. Selain game, ini adalah peranti yang sangat hebat. Antaranya kamera Nightography dan Zum yang hebat, boleh kata terbaik dalam kategori ini. Ia juga kalis air IP68, sokong pengecas wayarles yang xiaomi tiada, dan dijamin kemaskini keselamatan 5 tahun serta OS 4 kali.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
3. Honor Magic 5 (12+256GB) RM2,499
Jika anda pengguna biasa yang mahu telefon berkuasa tinggi yang lancar dengan skrin cantik, Honor Magic 5 boleh memenuhi keperluan ini. Ia ada kuasa Snapdragon 8 Gen 2, paling berkuasa dalam senarai ini. Skrin pula jenis OLED LTPO 120Hz melengkung dan resolusi tinggi Quad HD.
Ia tidak kalis air dan tiada pengecas wayarles, tetapi menyokong pengecasan berwayar 66W. Gandingan tiga kamera belakangnya memiliki keupayaan zum sehingga 50x. Honor menjanjikan kemaskini keselamatan 5 tahun tetapi kemaskini OS 3x sahaja, bermula dari Android 13.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
4. Nothing Phone 2 (12+256GB) RM2,599
Paling kecoh dan paling unik adalah Nothing Phone 2. Nampak agak serupa dengan Phone 1, tetapi lampu Glyph LED di belakang telah dipertingkat dengan lebih banyak fungsi, cuma masih kekal dengan satu warna putih sahaja. Phone 2 dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, bersama RAM LPDDR 5 dan storan UFS 3.1, boleh kata prestasi flagship tahun lepas.
Skrin OLED LTPO membolehkan kadar penyegaran berubah dari 1Hz sehingga 120Hz. Kamera pula agak mengecewakan, kerana tiada kamera ultralebar malah tidak kalis air juga. Kelebihan adalah sokongan pengecas wayarles, selain pengecas berwayar 45W.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
5. Asus ROG Phone 6 MLBB (12+256GB) RM2,299
Menambah rencah dalam pilihan kali ini adalah telefon gaming Asus ROG Phone 6 MLBB Edition. Ia pilihan terbaik untuk kaki gaming, bukan sahaja kerana ada butang bahu tetapi datang bersama kipas penyejuk aeroactive cooler 6.
Cip Snapdragon 8+ Gen 1 digunakan bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1, prestasi flagship tahun lepas tetapi masih berkuasa tinggi tahun ini. Skrin ini jenis OLED dengan kadar penyegaran 165Hz. Ia juga ada bateri sangat besar 6,000mAh dan menyokong pengecas berwayar 65W. Speaker stereonya menembak ke muka, melengkapkannya sebagai telefon gaming terbaik untuk dimiliki. jangan lupa, ia juga ada lampu RGB di belakang.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
6. iPhone 13 128GB RM2,999
Saya bagi can sikit untuk nombor 6 ni. Kalau anda nak dapatkan iPhone bawah RM3,000, pilihan terbaik sekarang adalah iPhone 13 tetapi dengan storan agak kecil 128GB. Sudah pasti ia pilihan lebih baik berbanding iPhone 12, tetapi tidak banyak berbeza jika dilihat dari sudut skrin dan kamera, melainkan prestasi lebih baik sikit dan pastinya sokongan OS lebih lama.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
Bacaan Berkaitan
- 5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia (Tahun 2023)
- Telefon kalis air paling murah? Ini 5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia (2023)
- Fungsi flagship harga mampu milik, ini telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (2023)
- 5 Terbaik: Laptop bajet RM5,000 untuk produktiviti tertinggi (Disember 2023)
- Senyap terus, ini 5 fon putik ANC terbaik dan murah di Malaysia