• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga dan varian Nothing Phone 2a didedahkan dalam talian, sama seperti Phone 1

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:21 pm
  • 31/12/2023
  • Komen
Power dan tak mahal sangat, Ini 5 telefon terbaik bawah RM3,000 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin tentang telefon Nothing lebih mampu milik akan datang telah bertiup kencang buat beberapa seketika ini. Dipanggil sebagai Nothing Phone 2a, lebihan maklumat berkenaannya kini telah muncul dalam talian mendedahkan harga, konfigurasi RAM dan storan serta warna yang mungkin ditawarkan.

Menurut apa yang dikongsi oleh pengguna X @rquandt, dia mengatakan Nothing Phone 2a akan tersedia dalam dua varian iaitu RAM 8GB dan storan 128GB, serta RAM 12GB dan storan 256GB. Konfigurasi ini sepadan dengan apa yang ditawarkan oleh Nothing untuk Phone 1 dan Phone 2, jadi ia mungkin perkara sebenar.



Nothing Phone (2a)
8/128GB
12/256GB
White or Black
Sub 400 Euro price for base model.

— Roland Quandt (@rquandt) December 28, 2023

Sekali lagi, seperti Nothing Phone 1 dan Phone 2, sumber memaklumkan telefon mampu milik Phone 2a akan hadir dengan warna hitam dan putih, selari dengan semua keluaran telefon Nothing. Ini mungkin adalah langkah Nothing untuk mengekalkan konsep telefon mereka.

Di samping itu, menurut Quandt, harga model asas Phone 2a akan diletakkan pada EUR 400, yang mana adalah harga sama seperti Phone 1 ketika ia dilancarkan bagi varian RAM 8GB dan storan 128GB. Di Malaysia, Phone 1 dengan varian tersebut dijual pada harga RM1,499. Oleh itu, harga Phone 2a di Malaysia mungkin sama seperti Phone 1 jika ia dilancarkan nanti.



Walau bagaimanapun, hanya harga untuk varian asas sahaja didedahkan, manakala varian lebih tinggi dengan RAM 12GB dan storan 256GB tidak dinyatakan. Sebagai perbandingan, Phone 1 dengan kombinasi RAM 12GB + storan 256GB dilancarkan di Malaysia pada harga RM2,999.

Nothing Phone 2

Sebelum ini, telah pun terdapat laporan mengatakan Nothing Phone 2a bakal dilancarkan pada hujung Februari tahun hadapan ketika Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona. Ia akan hadir dengan cip Dimensity 7200 dan tampil bersama paparan berukuran 6.7-inci.

[Sumber: Android Authority]

Bacaan berkaitan

  • Pengguna Nothing Phone 2 terima kemas kini Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14
  • Nothing akan lancar telefon murah dengan lampu glyph pada Februari 2024
  • Nothing OS 2.0 tersedia untuk Phone (1), tanpa Glyph Timer, Progress dan pek nada dering baru
Tags: NothingNothing Phone 2a
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Power dan tak mahal sangat, Ini 5 telefon terbaik bawah RM3,000 di Malaysia

Harga dan varian Nothing Phone 2a didedahkan dalam talian, sama seperti Phone 1

31 December 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN