• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp akan ada fungsi carian nama pengguna, lebih privasi

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:08 pm
  • 02/01/2024
  • Komen
240102 WhatsApp carian nama pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu kelemahan WhatsApp adalah pengguna perlu berkongsi nombor telefon. Namun tidak lama lagi, tiada lagi nombor telefon yang diperlukan kerana WhatsApp sedang menguji fungsi yang membolehkan pengguna mencari individu lain dengan hanya menggunakan carian nama.

Ciri carian berasaskan nama pengguna (username) itu akan dapat meningkatkan pengalaman pengguna dengan menghapuskan keperluan untuk nombor telefon, memudahkan pemesejan dan mementingkan privasi pengguna.



Carian nama pengguna

240102 WhatsApp carian nama pengguna

Seperti yang anda lihat dalam imej di atas, pengguna aplikasi WhatsApp di komputer akan dapat mencari dan menghubungi individu lain dengan hanya menaip nama pengguna tanpa memerlukan nombor telefon.

Untuk tetapan nama pengguna pula, ia boleh dibuat melalui tetapan profil di bawah tab nama dalam antara muka.



Dengan ciri privasi yang ditawarkan itu, pastinya bukan sahaja akan dapat menarik minat pengguna WhatsApp sedia ada tetapi membawa lebih ramai pengguna baharu untuk menggunakan medium tersebut.

240102 WhatsApp carian nama pengguna
WhatsApp beta versi Android

Sebenarnya ciri nama pengguna di WhatsApp masih belum ada tetapi telah pun diuji sejak bulan Mei 2023. Manakala fungsi carian nama pengguna untuk versi WhatsApp beta Android pula baru diuji sejak awal Disember 2023.

Memandangkan WhatsApp kini sedang giat menguji ciri carian nama pengguna untuk Android dan komputer, kita boleh menjangkakan WhatsApp akan perkenalkan fungsi ini dalam aplikasi versi penuh tidak lama lagi.

[Sumber: WABetaInfo]

Bacaan berkaitan:

  • Ini cara pin mesej di WhatsApp, barulah senang nak cari
  • Pengguna WhatsApp boleh kongsi muzik semasa panggilan video
  • Nak kongsi rahsia? Gunalah ciri sekali paparan mesej suara WhatsApp
Tags: androidwhatsappwhatsapp beta
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240102 WhatsApp carian nama pengguna

WhatsApp akan ada fungsi carian nama pengguna, lebih privasi

2 January 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN