• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PADU: Perkara yang perlu anda tahu tentang Pangkalan Data Utama

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:05 pm
  • 03/01/2024
  • Komen
240103 Perlu Tahu PADU
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam 2 Januari 2024, secara rasminya Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka kepada umum. Menerusi PADU, ia dikatakan akan dapat membantu kerajaan menyediakan pengukuran sosioekonomi rakyat dengan lebih tepat serta mengelakkan keciciran serta membolehkan pengagihan subsidi bersasar menjadi lebih efektif.

Pangkalan Data
Pelancaran PADU oleh Perdana Mentari, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

PADU merupakan platform data pangkalan berpusat daripada lebih 400 agensi kerajaan serta organisasi lain yang berkaitan, tanpa melibatkan sistem maklumat perbankan, telah dibangunkan dalam tempoh masa tujuh bulan melalui kerjasama Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).



Kelayakan mendaftar PADU

Pendaftaran untuk PADU dibuka kepada warganegara dan pemastautin tetap Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Kerajaan memberi tempoh sehingga akhir Mac 2024 untuk pendaftaran dan mengemaskini semua maklumat data sebelum subsidi bersasar mula dilaksanakan.

Tetapi adakah ini bermakna individu yang tidak mendaftar PADU tidak akan mendapat subsidi?



Berdasarkan penjelasan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, orang ramai tidak diwajibkan mendaftar dan mengemaskini maklumat di PADU, kerana kerajaan sudah mempunyai maklumat anda daripada pelbagai agensi.

Pangkalan Data
Program subsidi petrol RON95

Ini bermakna, maklumat sedia ada anda akan kekal sekiranya anda memilih untuk tidak mendaftar atau mengemaskini PADU. 

Pun begitu, terdapat kemungkinan maklumat sedia ada itu sudah lapuk dan ia boleh menjejaskan kelayakan anda untuk mendapatkan bantuan atau subsidi daripada kerajaan pada masa hadapan, seperti program subsidi petrol RON95. 

Maklumat di dalam PADU

Apakah jenis maklumat yang perlu diisi semasa mendaftar akaun di PADU?

Terdapat sejumlah 8 bahagian utama dalam PADU yang merangkumi data seperti:

240103 Perlu Tahu PADU
Maklumat yang perlu disemak dan dikemaskini
  • Maklumat asas peribadi
  • Alamat dan jenis rumah
  • Pendidikan
  • Maklumat peribadi ahli isi rumah
  • Kerja semasa
  • Pendapatan selama 12 bulan yang lalu
  • Komitmen kewangan bulanan
  • Bantuan kerajaan sejak 12 bulan lalu

Cara mendaftar akaun PADU 

Secara amnya, proses pendaftaran PADU agak mudah. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dan langkah pertama bermula dengan maklumat peribadi asas. 

Pendaftaran akaun PADU

Untuk mencipta akaun PADU, maklumat yang diperlukan sistem adalah nama penuh, nombor MyKad dan poskod. Penting untuk memastikan semua maklumat yang diberikan perlu sama dengan apa yang tercatat pada MyKad anda.

Pastikan juga telefon berada berdepan dengan anda, kerana anda perlu memberikan nombor telefon untuk menerima OTP (one-time password). Selepas OTP disahkan, anda kemudiannya akan diminta untuk mencipta kata laluan baharu untuk akaun PADU anda.

Ini adalah cara-cara untuk mendaftar akaun baru PADU:

  1. Pergi ke laman web PADU dan tekan pada butang DAFTAR SEKARANG.
  2. Isi nama penuh, nombor kad pengenalan dan poskod serupa seperti di dalam kad pengenalan.
  3. Isi nombor telefon terkini yang aktif, serta alamat emel.
  4. OTP (one-time password) 6-angka akan dihantar ke nombor tersebut telefon tersebut. Masukkan OTP tersebut di laman web PADU untuk meneruskan.
  5. Cipta kata laluan untuk akaun baru PADU anda. Ia mestilah sekurang-kurangnya 8 karakter yang mengandungi gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan karakter unik (cth: @%$!?&).

Proses pengesahan eKYC PADU

Proses terakhir untuk mendaftar akaun baru di PADU adalah pengesahan eKYC (electronic Know Your Customer) bagi mengesahkan identiti pengguna. Untuk proses pengesahan, anda memerlukan telefon pintar dan kad pengenalan MyKad bersama.

Untuk memulakan proses pengesahan eKYC, laman web PADU akan mencipta kod QR dinamik yang boleh diimbas melalui telefon pintar. Imbasan di telefon pintar akan membuka laman Pengesahan Identiti PADU.

Pendaftaran memerlukan pengguna mengambil gambar MyKad dan swafoto

Proses eKYC itu memerlukan anda mengambil gambar depan dan belakang MyKad. Sekali lagi, anda perlu memastikan semua maklumat pada MyKad seperti nama, nombor dan alamat dapat dilihat dengan jelas serta tiada pantulan cahaya.

Pastikan persekitaran cerah dan gambar diambil jelas dan tajam

Langkah terakhir adalah mengambil gambar muka sendiri (swafoto) dan pastikan muka anda di dalam garis titik. Jika anda berhadapan masalah semasa mengambil gambar untuk eKYC, anda boleh cuba menukar kamera menggunakan butang ‘Tukar Lensa’ di sudut atas kiri. Ia boleh menukar antara kamera utama, kamera ultralebar, kamera telefoto dan kamera hadapan.

Selepas itu, gambar-gambar yang diambil akan dihantar untuk pengesahan yang akan dilakukan tempoh masa 3 hari. Pengguna akan dimaklumkan semula menerusi SMS dan emel.

Walau bagaimanapun, melalui pengalaman kami, proses eKYC diluluskan hampir serta-merta dan notis diterima melalui SMS dan emel. Keseluruhan proses pendaftaran akuan PADU termasuk pengesahan eKYC mengambil masa kurang daripada 10 minit.

Menerusi hantaran Rafizi Ramli di X, maklumat pengemaskinian boleh dilaksanakan sejurus mendaftar akaun PADU tanpa melalui proses eKYC terlebih dahulu. Tetapi selepas kemas kini maklumat dibuat, pengesahan eKYC perlu dilakukan, barulah maklumat akan diintegrasi ke dalam PADU.

Pendaftaran secara manual

Bagaimana jika anda tidak mempunyai telefon pintar atau komputer untuk mendaftar PADU, boleh ke proses pendaftaran dilakukan secara manual?

Ya, pendaftaran akaun PADU boleh dilakukan secara manual. Namun, kaedah itu hanya dikhaskan untuk kawasan luar bandar yang tidak mempunyai sambungan internet kerana akan ada pasukan jangkauan yang dihantar ke lokasi tersebut. 

Pangkalan Data
Alternatif pendaftaran akaun PADU

Sebagai alternatif, anda boleh mendaftar akaun PADU dan mengemaskini butiran diri di Jabatan Perangkaan negeri dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terdekat. Kerajaan juga merancang untuk membuka kaunter PADU di pejabat daerah, agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta Pusat Internet Desa.

Data pangkalan berpusat tapi data kosong

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, PADU adalah platform data pangkalan berpusat daripada lebih 400 agensi kerajaan, jadi ia sepatutnya menarik data daripada agensi-agensi tersebut. Ini sekali gus akan memudahkan proses mengemaskini maklumat apabila kebanyakan medan sudah diisi sebaik sahaja melog masuk ke sistem.

240103 Perlu Tahu PADU
Jangan terkejut, jika medan data kosong tanpa sebarang maklumat

Sebaliknya, kebanyakan medan data kosong. Jadi daripada hanya untuk mengesahkan dan mengemas kini butiran di platform, anda perlu mengisi maklumat baharu ke dalamnya. Ini bermakna lebih banyak masa diperlukan untuk mengisi butiran dan maklumat diri anda.

Satu lagi perkara yang perlu anda berikan perhatian adalah ikon ibu jari hijau pada skrin Profil utama. Pada bahagian tertentu seperti ‘Komitmen’ dan ‘Bantuan’, ikon akan bertukar kepada hijau walaupun anda hanya membukanya dan tidak mengisi sebarang data.

Pangkalan Data
Sentiasa semak dan teliti semua bahagian walaupun sudah bertanda ikon hijau

Ia boleh menyebabkan anda terlupa untuk mengemaskini bahagian tersebut kerana ikon hijau itu memberikan tanggapan bahawa anda sudah menyelesaikannya. Jadi pastikan anda menyemak dan meneliti semua bahagian dalam PADU sebelum membuat pengesahan maklumat.

Jangan terlupa untuk klik butang Simpan untuk memastikan segala maklumat yang dikemaskini disimpan di dalam sistem PADU atau anda akan perlu mengisinya sekali lagi!

Semak maklumat

Antara perkara paling penting yang perlu anda tahu mengenai sistem PADU ini adalah anda tidak boleh mengedit semula maklumat setelah anda klik butang ‘Hantar Perakuan’. Ini bererti anda hanya boleh melakukan kemas kini maklumat sekali sahaja.

240103 Perlu Tahu PADU
Semak maklumat sebelum klik butang ‘Hantar Perakuan’

Sekiranya anda ingin membuat perubahan maklumat di PADU, anda perlu menunggu tempoh kemas kini yang seterusnya. Dan buat masa ini, tiada maklumat mengenainya lagi. Namun sudah tentu ia tidak akan berlaku untuk tempoh masa terdekat ini. Jadi sebelum anda klik butang ‘Hantar Perakuan’, pastikan anda melakukan semakan untuk semua butiran diri terlebih dahulu.

Walaupun untuk mendaftar akaun PADU tidak diwajibkan, namun sekiranya anda tidak mahu terlepas sebarang subsidi bersasar yang bakal diberikan kerajaan, sebaiknya anda mendaftar dan membuat kemas kini maklumat diri.

Bacaan berkaitan:

  • Rafizi Ramli kongsi kenapa kita perlu PADU
  • Kad TNG NFC PADU diedar untuk pendaftar awal, ini cara untuk tebusnya
  • PADU: Ini cara mendaftar akaun baru PADU
Tags: ekycpaduPangkalan Data Utamasubsidi
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240103 Perlu Tahu PADU

PADU: Perkara yang perlu anda tahu tentang Pangkalan Data Utama

3 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER